Page 186 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 186

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 Perubahan pada nilai saksama pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap yang kemudiannya diukur pada FVTPL diiktiraf dalam penyata untung atau rugi dan pendapatan komprehensif lain.
Pengukuran berikutnya
Aset kewangan yang ditetapkan pada FVTPL diukur semula pada setiap tarikh pelaporan. Nilai saksama ditentukan dengan merujuk kepada harga pasaran yang boleh diperhatikan yang disediakan oleh sumber harga bebas.
Jangkaan Kerugian Kredit
SC menilai risiko kredit pada instrumen kewangan yang diukur pada FVTPL. Risiko kredit mewakili risiko kerugian kewangan yang timbul daripada kegagalan untuk memenuhi obligasi kontraknya.
Bagi instrumen kewangan yang tertakluk kepada risiko kredit, SC menganggarkan jangkaan kerugian kredit dengan mempertimbangkan sejarah pengalaman kerugian kredit, keadaan pasaran semasa dan maklumat masa hadapan. Anggaran dilakukan secara kolektif atau individu, bergantung pada ciri-ciri instrumen kewangan.
Kerugian kredit yang dijangkakan diiktiraf sebagai komponen nilai bawaan instrumen kewangan. Penilaian adalah berdasarkan nilai semasa semua kekurangan tunai sepanjang jangka hayat instrumen, dengan mengambil kira hasil kebarangkalian bagi senario berbeza seperti yang dinyatakan dalam Nota 3(f)(i).
Liabiliti kewangan
Kos terlunas
Liabiliti kewangan tidak dikategorikan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian adalah diukur pada kos terlunas menggunakan kaedah faedah berkesan.
Perbelanjaan faedah adalah diiktiraf dalam untung atau rugi. Keuntungan atau kerugian atas pembatalan pengiktirafan turut diiktiraf dalam untung atau rugi.
(iii) Pembatalan pengiktirafan
Aset kewangan atau sebahagiannya dibatalkan pengiktirafan bila, dan hanya bila, hak kontraktual kepada aliran tunai daripada aset kewangan tamat tempoh atau aset kewangan telah dipindahkan kepada pihak lain tanpa pengekalan kawalan atau sebahagian besar semua risiko dan manfaat aset tersebut. Pada ketika pembatalan pengiktirafan, perbezaan diantara nilai dibawa dan jumlah pembayaran yang diterima (termasuk sebarang aset baru yang diperolehi ditolak sebarang liabiliti baru berkait) diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.
Liabiliti kewangan atau sebahagiannya dibatalkan pengiktirafan bila, dan hanya bila, tanggungjawab yang dikhususkan di dalam kontrak telah disempurnakan, dibatalkan atau tamat tempoh. Suatu liabiliti kewangan juga tidak diiktiraf sekiranya terma-termanya diubahsuai dan aliran tunai liabiliti yang diubahsuai adalah sangat berbeza, di mana liabiliti kewangan baharu berdasarkan terma yang diubahsuai diiktiraf pada nilai saksama. Pada ketika pembatalan pengiktirafan, perbezaan diantara nilai dibawa liabiliti kewangan dipadamkan atau dipindahkan kepada pihak lain dan penjelasan dibayar, termasuk aset bukan tunai dipindah atau liabiliti berkait, diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.
(iv) Mengofset
Aset kewangan dan liabiliti kewangan akan diofset dan jumlah bersih dibentangkan di penyata kewangan kedudukan kewangan apabila, dan hanya apabila, SC mempunyai hak yang boleh dikuatkuasakan secara sah untuk mengofset jumlah tersebut, sama ada untuk menyelesaikannya secara bersih atau untuk merealisasikan aset dan liabiliti secara serentak.
  184   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

















































































   184   185   186   187   188