Page 188 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 188

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 komputer diukur pada kos tolak pelunasan terkumpul dan kerugian rosot nilai terkumpul. Termasuk dalam kos perisian komputer ialah kos yang berkaitan dengan pelan transformasi teknologi yang dijalankan oleh SC. Perbelanjaan yang ditanggung semasa peringkat penyelidikan telah dibelanjakan dengan sewajarnya.
Hayat berguna perisian komputer adalah terbatas. Perisian komputer dilunas melebihi anggaran hayat berguna sebanyak tiga tahun dan ditaksir untuk rosot nilai bila-bila masa ada tanda-tanda kerosotan nilai.
Tempoh-tempoh pelunasan dan kaedah-kaedah akan disemak sekurang-kurangnya pada setiap akhir tahun kewangan. Perubahan dalam jangkaan hayat berguna atau jangkaan corak penggunaan manfaat ekonomi masa depan sesuatu aset akan dikira melalui pengubahan tempoh- tempoh pelunasan atau kaedah-kaedah, yang sesuai, dan akan dikira sebagai perubahan dalam anggaran perakaunan. Pelunasan perbelanjaan ke atas perisian komputer dengan hayat terbatas akan diiktiraf dalam untung atau rugi. Projek-dalam-proses tidak akan dilunas oleh sebab perisian komputer ini tidak boleh digunakan lagi.
Laba atau rugi yang timbul dari penyahiktirafan perisian komputer akan diukur sebagai perbezaan antara penerimaan pelupusan bersih dan amaun dibawa aset dan akan diiktiraf dalam untung atau rugi semasa aset dinyahiktirafkan.
(d) Pajakan
(i) Definisi pajakan
Suatu kontrak adalah, atau mengandungi, suatu pajakan jika kontrak tersebut menyatakan hak untuk mengawal penggunaan aset yang dikenal pasti bagi suatu tempoh masa sebagai pertukaran untuk pembayaran. Untuk menilai sama ada suatu kontrak menyatakan hak untuk mengawal penggunaan aset yang dikenal pasti, SC menilai sama ada:
• kontrak tersebut melibatkan penggunaan aset yang dikenal pasti – ini boleh dinyatakan dengan khusus sama ada secara jelas atau tidak, dan hendaklah berbeza secara fizikal atau mewakili sebahagian besar keupayaan aset yang berbeza secara fizikal. Jika pembekal mempunyai hak penggantian besar, maka aset itu tidak akan dikenal pasti;
• sebagai pemajak, SC mempunyai hak untuk memperoleh sebahagian besar manfaat ekonomi melalui penggunaan aset tersebut sepanjang tempoh penggunaan; dan
• sebagai pemajak, SC berhak menentukan penggunaan aset tersebut. SC mempunyai hak ini apabila ia mempunyai hak untuk membuat keputusan yang paling wajar untuk mengubah kaedah dan tujuan aset tersebut digunakan. Dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana keputusan tentang kaedah dan tujuan aset tersebut digunakan telahpun ditentukan lebih awal, SC mempunyai hak untuk menentukan penggunaan aset itu jika SC mempunyai hak untuk mengendalikan aset itu; atau SC merekacipta aset dengan cara yang menentukan lebih awal kaedah dan tujuan ia akan digunakan.
Pada permulaan atau penilaian semula kontrak yang mengandungi komponen pajakan, SC memperuntukkan pembayaran dalam kontrak bagi setiap komponen pajakan dan bukan pajakan berdasarkan harga berasingan masing-masing. Walau bagaimanapun, untuk pajakan hartanah di mana SC merupakan pemajak, SC memutuskan untuk tidak memisahkan komponen bukan pajakan dan sebaliknya akan mengira komponen pajakan dan bukan pajakan sebagai komponen pajakan tunggal.
(ii) Pengiktirafan dan pengukuran awal
Sebagai pemajak
SC mengiktiraf aset hak guna dan liabiliti pajakan pada tarikh permulaan kontrak untuk semua pajakan tidak termasuk pajakan atau pajakan jangka pendek yang aset pendasarnya bernilai rendah, memberikan hak untuk mengawal penggunaan sesuatu aset yang dikenal pasti untuk satu tempoh masa.
 186   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA



















































































   186   187   188   189   190