Page 211 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 211

                                 Nilai saksama Tahap 1
Nilai saksama Tahap 1 diperoleh daripada sebut harga tak terlaras dalam pasaran aktif bagi aset kewangan serupa yang entiti tersebut boleh diakses pada tarikh pengukuran.
Nilai saksama Tahap 2
Nilai saksama Tahap 2 dianggar dengan menggunakan input selain sebut harga yang terangkum dalam Tahap 1 yang boleh dicerap bagi aset kewangan, sama ada secara langsung atau tak langsung.
Pindahan antara nilai saksama Tahap 1 dengan Tahap 2
Tiada pindahan antara nilai saksama Tahap 1 dengan Tahap 2 bagi tahun kewangan semasa (2022: Tahap 1 dengan Tahap 2).
Nilai saksama Tahap 3
Nilai saksama Tahap 3 dianggar dengan menggunakan input tak boleh cerap bagi aset kewangan tersebut. Instrumen kewangan tidak dibawa pada nilai saksama
Jenis Diskripsi huraian teknik penilaian dan input yang digunakan Penghutang jangka panjang Aliran tunai terdiskaun menggunakan kaedah berasaskan kadar
peminjaman pasaran semasa.
26. PENILAIAN ROSOTNILAI KE ATAS ASET
Dalam tahun semasa, ujian rosotnilai telah dilakukan ke atas hartanah, kelengkapan dan peralatan, aset tidak ketara dan aset dengan hak penggunaan. Jumlah yang boleh diperoleh semula ditentukan berdasarkan kaedah nilai sedang digunakan (VIU). Andaian utama yang digunakan dalam pengiraan VIU adalah seperti berikut:
2023
Kadar diskaun 3.75% Kadar pertumbuhan 2.50%
Berdasarkan penilaian rosotnilai ini, tiada kerugian rosotnilai diiktiraf dalam tahun ini.
27. PENGURUSAN RIZAB
Objektif pengurusan kewangan SC adalah untuk mengekalkan rizab yang cukup untuk memelihara keupayaan SC melaksanakan kewajipan dan fungsinya secara bebas dan berkesan. Pihak pengurusan memantau komitmen modal jangka panjang untuk memastikan dana yang mencukupi tersedia untuk memenuhi obligasi. Pelaburan SC diurus secara berhemah untuk memastikan dana terpelihara.
28. PERISTIWA SIGNIFIKAN SELEPAS AKHIR TAHUN KEWANGAN
28.1 Pelaburan dalam mandat budi bicara yang diuruskan oleh pengurus dana luar
Selepas tempoh pelaporan, SC telah melabur RM300.00 juta dalam mandat budi bicara yang diuruskan oleh pengurus dana luar pada 2 Januari 2024. Pelaburan ini adalah sejajar dengan dasar pelaburan SC dan untuk mencapai objektif kewangan tertentu dengan pengawasan oleh Panel Penasihat Pelaburan. SC memantau prestasi pelaburan ini terhadap penanda aras dan parameter risiko yang telah ditetapkan. Pelaburan akan diklasifikasikan sebagai FVTPL.
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
        LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 209
 












































































   209   210   211   212   213