Page 209 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 209

                                  25.5 Risiko pasaran
Risiko pasaran adalah risiko yang mengubah harga pasaran, seperti kadar faedah yang akan menjejaskan kedudukan kewangan atau aliran tunai SC.
25.5.1 Risiko kadar faedah
Profil kadar faedah instrumen kewangan yang menanggung faedah ketara SC, berdasarkan amaun bawaan pada penghujung tempoh pelaporan adalah:
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
  Instrumen kadar tetap
Aset kewangan
Analisis sensitiviti risiko kadar faedah
Analisis sensitiviti nilai saksama bagi instrumen kadar tetap
2023 RM’000
524,828
2022 RM’000
1,013,715
      SC tidak mempunyai sebarang aset kewangan kadar tetap pada nilai saksama melalui untung atau rugi. Oleh itu, perubahan dalam kadar faedah pada akhir tempoh pelaporan tidak akan menjejaskan untung atau rugi.
25.5.2 Risiko harga
Risiko harga timbul daripada pergerakan harga unit amanah yang disebut harga. Prestasi saham amanah yang disebut harga sentiasa dikemas kini kepada Pengurusan.
25.6 Maklumat nilai saksama
Amaun bawaan tunai dan setara tunai, belum terima jangka pendek dan belum bayar secara munasabah menganggarkan nilai saksamanya disebabkan tempoh jangka pendek instrumen kewangan ini.
Amaun bawaan deposit tetap diandaikan secara munasabah menganggarkan nilai saksamanya.
Jadual di bawah menganalisis instrumen kewangan yang tidak dibawa pada nilai saksama yang mana nilai saksamanya didedahkan, bersama-sama dengan amaun bawaannya ditunjukkan dalam penyata kedudukan kewangan.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 207
 













































































   207   208   209   210   211