Page 208 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 208

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 Tunai dan setara tunai
Tunai dan setara tunai disimpan di dalam bank berlesen dan institusi kewangan. Pada akhir tempoh pelaporan, pendedahan maksimum kepada risiko kredit dinyatakan dengan amaun bawaan di penyata kedudukan kewangan.
Bank berlesen dan institusi kewangan mempunyai risiko kredit yang rendah. Sebagai tambahan, beberapa baki bank diinsuranskan oleh agensi kerajaan. SC berpendapat bahawa elaun kerugian tidak material. Oleh itu, ia tidak diperuntukkan.
Pelaburan SC adalah terutamanya dalam simpanan tetap dengan institusi kewangan dan bon yang diluluskan yang diterbitkan oleh Kerajaan dan agensi kerajaan lain.
Pelaburan dan aset kewangan lain
Objektif pengurusan risiko, dasar dan proses bagi menguruskan risiko
Pendedahan kepada risiko kredit, kualiti kredit dan cagaran
Pada akhir tempoh pelaporan, SC mempunyai pegangan dalam sekuriti hutang yang diuruskan secara dalaman dengan pegangan dalam terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (GII) dan Bon Terjamin. Selain itu, sekuriti hutang yang diuruskan oleh pengurus dana luaran mempunyai penilaian minimum A dan ke atas, dengan pengawasan oleh Panel Penasihat Pelaburan.
25.4 Risiko kecairan
Risiko kecairan adalah risiko yang SC tidak akan dapat memenuhi obligasi kewangannya apabila tiba tarikh luputnya. SC memantau dan mengekalkan aras tunai dan setara tunai yang difikirkan cukup oleh SC untuk membiayai operasinya dan untuk mengurangkan kesan turun naik dalam aliran tunai.
Analisis kematangan
Jadual di bawah meringkaskan profil kematangan liabiliti kewangan SC pada penghujung tempoh pelaporan. Tiada kadar faedah berkontrak bagi lain dan akruan.
   Amaun bawaan RM’000
93,448 5,137 9,303
107,888
47,066 2,680
49,746
Aliran tunai berkontrak
93,448 - 10,023
103,471
47,066 -
47,066
Bawah Lebih
1-tahun
1-tahun
 2023
Liabiliti kewangan
Pelbagai pemiutang dan akruan* Kontrak liabiliti
Liabiliti pajakan
2022
Liabiliti kewangan
Pelbagai pemiutang dan akruan* Kontrak liabiliti
* Kecuali bukan instrumen kewangan.
93,448 - 5,137 - 3,246 6,777
101,831 6,777
47,066 - 2,680 -
49,746 -
                            206   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA




























































   206   207   208   209   210