Page 207 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 207

                                  2023
Belum melepasi tarikh luput
2022
Belum melepasi tarikh luput
Amaun bawaan kasar RM’000
37,198
24,899
Elaun kerugian RM’000
-
-
Baki bersih RM’000
37,198
24,899
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 25.2 Pengurusan risiko kewangan
SC mempunyai dasar dan garis panduan berkenaan strategi pelaburan menyeluruh dan toleransi ke arah risiko. Pelaburan diurus dengan cara berhemah untuk memastikan dana dikekalkan dan terpelihara.
Pada tahun 2023, SC melabur dalam unit dalam unit amanah disebut harga,
SC mempunyai pendedahan kepada risiko yang berikut daripada penggunaan instrumen kewangannya:
• Risiko kredit
• Risiko kecairan
• Risiko pasaran
• Risiko harga
25.3 Risiko kredit
Risiko kredit adalah risiko kerugian kepada SC jika pihak berlawanan kepada instrumen kewangan gagal mematuhi obligasi kontraknya. Pendedahan kepada risiko kredit timbul terutamanya daripada ciri-ciri individu setiap pelanggan. Tiada perubahan ketara berbanding dengan tahun sebelumnya.
Penghutang
Objektif pengurusan risiko, dasar dan proses bagi menguruskan risiko
SC mempunyai dasar kredit rasmi dan pendedahan kepada risiko kredit dipantau secara terus-menerus. Pendedahan maksimum kepada risiko kredit dinyatakan dengan amaun bawaan bagi setiap aset kewangan.
SC mengurus penghutangnya dan mengambil tindakan sewajarnya (termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan undang-undang) untuk memulih baki tertunggak yang panjang. Secara amnya, penghutang akan membayar dalam tempoh 30 hari.
Pengiktirafan dan pengukuran kerugian rosot nilai
SC menggunakan elaun matriks untuk mengukur ‘Expected Credit Loss’ (ECL) bagi penghutang setiap segmen. Selaras dengan proses pemulihan hutang, invois yang lewat 90 hari akan dianggap sebagai kredit terjejas.
Jadual berikut memberikan maklumat tentang pendedahan risiko kredit dan ECL bagi penghutang pada 31 Disember 2023.
                Penghutang yang tidak melepasi tarikh luput belum mengiktiraf sebarang elaun kerugian kerana sebab utama berikut:
(a) Bursa tidak memiliki sejarah mungkir dan telah menyerahkan bayaran levi kepada SC dalam jangka waktu yang ditentukan.
(b) Institusi kewangan dan penerbit hutang tidak mempunyai sejarah mungkir.
(c) Pembiayaan kakitangan disokong oleh cagaran dalam bentuk hartanah tanah kediaman dengan nilai saksama masing-masing melebihi hutang tertunggaknya. Nilai saksama hartanah cagaran ini ditentukan menggunakan kaedah perbandingan berdasarkan penilaian profesional.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 205
 






























































   205   206   207   208   209