Page 224 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 224

                                BAHAGIAN 6 STATISTIK PASARAN
  Dana SRI
Pada 31 Disember 2023, sebanyak 68 dana ditawarkan kepada pelabur yang telah diberi kelayakan sebagai dana mampan dan bertanggungjawab (SRI) menurut Guidelines on SRI Funds (Garis Panduan Dana Mampan dan Bertanggungjawab) (2022: 58 dana). Jumlah 68 dana tersebut terdiri daripada 40 dana unit amanah dan 28 dana borong dengan jumlah NAV pada 31 Disember 2023 sebanyak RM7.70 bilion (2022: RM7.05 bilion).
Amanah Pelaburan Hartanah
Pada 31 Disember 2023, sebanyak bilangan amanah pelaburan hartanah (REIT) yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran berjumlah (termasuk kumpulan terikat) RM41.78 bilion (2022: RM39.08 bilion). Jumlah saiz aset meningkat daripada RM61.55 bilion pada 31 Disember 2022 kepada RM66.93 bilion pada penghujung 2023. Sebanyak 2 REIT tidak tersenarai ditawarkan kepada pelabur sofistikated pada 31 Disember 2023.
Dana Dagangan Bursa
Dengan penyahsenaraian TradePlus NYSE® FANG+TM Daily (2x) Penjejak Leveraj, TradePlus NYSE® FANG+TM Daily (-1x) Penjejak Berbalik, TradePlus HSCEI Daily (2x) Penjejak Leveraj dan TradePlus HSCEI Daily (-1x) Penjejak Berbalik dalam 2023, jumlah bilangan dana dagangan bursa (ETF) tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 31 Disember adalah 15 (2022: 19) dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM2.21 billion (2022: RM2.10 billion).
Dana Tertutup
Pada 31 Disember 2023, masih hanya satu dana tertutup (CEF) disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak RM392 juta (2022: RM280 juta).
SKIM PERSARAAN SWASTA
Dengan pelancaran skim persaraan swasta (PRS) baharu pada 2023, terdapat 14 PRS (2022: 13 PRS) yang ditawarkan oleh 9 penyedia PRS pada 31 Disember 2023. Sebanyak 4 dana persaraan swasta baharu dilancarkan manakala 1 dana persaraan swasta telah ditamatkan pada 2023, menjadikan jumlah bilangan dana persaraan swasta yang beroperasi pada 31 Disember 2023 kepada 78 (2022: 75).
Jumlah keseluruhan NAV mencatatkan pertumbuhan membanggakan sebanyak 19-22% dimana ia meningkat naik kepada RM6.45 bilion pada 31 December 2023 dari RM5.41 bilion pada 31 December 2022. Tambahan lagi, sumbangan ke dalam PRS kekal teguh, dengan RM767 juta dilaburkan dalam PRS pada 2023.
Jumlah ahli pada 31 Disember 2023 meningkat sebanyak 3.90% kepada 579,000 daripada 557,000 pada 31 Disember 2022, dengan demografi utama ahli PRS ditunjukkan pada Carta 6-8.
CARTA 6
Ahli PRS mengikut kumpulan umur
 Di bawah umur 30
30 hingga kurang daripada 40 tahun
40 hingga kurang daripada 50 tahun
12%
  50 hingga kurang 9% daripada 55 tahun
  55 hingga kurang 7% daripada 60 tahun
 Lebih daripada 60 tahun
CARTA 7
Ahli PRS mengikut jantina
49% Lelaki
12%
21%
39%
    222
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
51% Wanita
 



































































   222   223   224   225   226