Page 226 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 226

                                BAHAGIAN 6 STATISTIK PASARAN
 Produk Berstruktur
Pada 2023, sejumlah 12 penerbit mengemukakan 20 program produk berstruktur baharu dengan SC di bawah Rangka Kerja LOLA untuk produk pasaran modal tidak tersenarai. Program-program ini terdiri daripada pelbagai rujukan pendasar dan mempunyai saiz agregat sebanyak RM100 bilion dengan setiap program mempunyai had saiz sehingga RM5 bilion (Jadual 4).
JADUAL 4
Program produk berstruktur
       2023
   2022
 Program baharu yang diserahkan
    Bilangan program
  Saiz (RM bilion)
   Bilangan program
    Saiz (RM bilion)
  Prinsip
– Konventional – Islamic
  18 2
90 10
 20 2
  100 10
 TOTAL
    20
  100
   22
    110
    Siri Produk Berstruktur
Pasaran produk berstruktur Malaysia melaporkan peningkatan ketara sebanyak 24% daripada jumlah terbitan baharu pada 2023 berbanding 2022.
Individu bernilai bersih tinggi (HNWI) terus membentuk majoriti pelabur yang menyumbang 91.9% daripada pelabur dalam produk berstruktur. 2023 menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 24.4% bagi penawaran produk berstruktur kepada HNWI dari 2022. Baki 8.1% pelabur terdiri daripada entiti bernilai bersih tinggi (HNWE) dan pelabur diakreditasi serta individu yang memperoleh produk pasaran modal tidak tersenarai dengan pertimbangan tidak kurang daripada RM250,000 bagi setiap kategori transaksi (Carta 10).
Produk berstruktur konvensional masih meneruskan penguasaan pasarannya dengan menyumbang 98.3% daripada terbitan pada 2023 (Carta 11).
Pada 2023, sebanyak 167 siri produk berstruktur telah diserahkan di bawah Rangka Kerja LOLA untuk ditawarkan kepada pelabur sofistikated (2022: 153), mencatatkan peningkatan sebanyak 9%.
CARTA 10
Pecahan mengikut jenis pelabur
Pelabur diakreditasi 0.7%
HNWE 7.2%
Pelabur >RM250,000 0.2%
       CARTA 11
Pecahan mengikut prinsip
Islam 1.7%
HNWI 91.9%
   224
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Konvensional 98.3%
  


























































   224   225   226   227   228