Page 25 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 25

                                Pasaran Modal Tempatan Terus Menyokong Ekonomi Sebenar
Pasaran modal Malaysia kekal teratur, di samping terus memainkan peranan asasnya dalam membiayai aktiviti ekonomi domestik dan menggerakkan tabungan dengan berkesan. Tahap tekanan kewangan Malaysia menurun pada 2023, dan umumnya kekal di bawah purata sejarahyna, walaupun terdapat kebimbangan tentang krisis perbankan di AS dan Eropah pada bulan Mac, dan peningkatan konflik di Timur Tengah pada bulan Oktober. Bagaimanapun, prestasi pasaran modal bercampur aduk, berlatarbelakangan ketidaktentuan ekonomi berterusan yang berpunca daripada peningkatan ketegangan geopolitik, pemulihan ekonomi negara China yang bawah jangkaan, dan pergerakan ringgit Malaysia berbanding mata wang utama dalam pasaran mata wang asing.
Saiz pasaran modal meningkat kepada RM3.8 trilion pada 2023 (2022: RM3.6 trilion), didorong oleh pertumbuhan yang meluas dalam kedua-dua jumlah permodalan pasaran Bursa dan bon serta sukuk belum tebus. Begitu juga pengurusan dana industri berkembang pada 2023, dengan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat kepada rekod tertinggi berjumlah RM975.5 bilion (2022: RM906.5 bilion), di tengah-
CARTA 4
tengah peningkatan dalam nilai pasaran dan peruntukan aset yang lebih besar dalam pasaran maju (Carta 4). Segmen unit amanah1 kekal sebagai sumber dana terbesar, yang terdiri daripada 51.3% daripada jumlah AUM (2022: 53.9% daripada jumlah keseluruhan).
Namun, jumlah dana yang dikumpul dalam pasaran modal menyederhana kepada RM127.7 bilion pada 2023, berbanding pengumpulan dana yang tinggi sebanyak RM179.4 bilion pada 2022. Dalam pasaran ekuiti, terbitan utama bertambah baik kepada RM3.6 bilion (2022: RM3.5 bilion) melalui 32 tawaran awam awal (IPO), manakala aktiviti pengumpulan dana sekunder menurun kepada RM5.8 bilion (2022: RM22.6 bilion) di tengah-tengah tindakan korporat yang lebih rendah sepanjang 2023. Begitu juga dengan pasaran bon korporat dan sukuk, di mana jumlah terbitan menormalisasi kepada RM118.3 bilion pada 2023 (2022: RM153.3 bilion) berikutan permintaan pembiayaan semula yang lebih tinggi pada tahun yang sebelumnya. Permintaan pembiayaan semula yang luar biasa pada 2022 disebabkan pengenalan pelbagai program bantuan yang bertujuan menyokong pemulihan penerbit dan pengantara dalam fasa pasca- pandemik. Jumlah penerbitan kekal berdaya saing dan selaras dengan purata 10-tahun yang bernilai sebanyak RM111.2 bilion setahun.
BAHAGIAN 1 TINJAUAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL
 Saiz pasaran modal Malaysia berkembang pada 2023, walaupun aktiviti pengumpulan dana yang lebih rendah, manakala AUM industri pengurusan dana mencatatkan paras tertinggi baharu
   4.0 3.5 3.0 2.5
2.0
Jumlah pada tahun 2023: RM3.8 trilion
1.7 1.9
200
180
160
140
120
100
Jumlah pada tahun: RM127.7 billion
26.0
Saiz pasaran modal Malaysia
Jumlah dana yang dikumpulkan melalui pasaran modal
1,000 900 800 700 9.4 600 500 104.6 153.3 400
114.3 118.3 300 200
Jumlah AUM
951.1 975.5 905.5 906.5
          2.0
            1.6
17.1 10.0
             1.5 80
1.0 60 1.8 1.8 1.8 40 0.5 1.720
0.0 0
Bon dan sukuk belum tebus
Permodalan pasaran Bursa Malaysia
Sumber: Bursa Malaysia, pengiraan SC.
100 0
         Pasaran bon korporat dan sukuk
Pasaran ekuiti
     Dalam pasaran ekuiti, sebanyak RM3.6 bilion (2022: RM3.5 bilion) telah dikumpulkan melalui 32 tawaran awam awal (IPO) dan RM5.8 bilion
1
(2022: RM22.6 bilion) melalui pengumpulan dana sekunder.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 23
 2015
2016
2017
2018
2019
2020
2021
2022
2023
2015
2016
2017
2018
2019
2020
2021
2022
2023
2015
2016
2017
2018
2019
2020
2021
2022
2023
RM trilion
RM bilion
RM bilion



























   23   24   25   26   27