Page 43 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 43

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
  Kajian Tematik mengenai Pemakaian Nota Panduan Menguruskan Risiko Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus bagi Syarikat Pengurusan Dana
Pada Jun 2022, SC mengeluarkan Nota Panduan Mengenai Mengurus Risiko Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus bagi Syarikat Pengurusan Dana (FMCS) (Nota Panduan ESG) yang menetapkan jangkaan SC terhadap amalan menguruskan risiko ESG dalam portfolio pelaburan serta pengendalian syarikat penerima pelaburan. Untuk menilai pemakaian Nota Panduan ESG oleh FMC, pada Jun 2023, SC mengeluarkan soal selidik kepada semua FMC dalam industri untuk mereka menilai sendiri amalan mereka berdasarkan jangkaan utama dalam Nota Panduan ESG.
Secara amnya, kemajuan FMC dalam penerimaan Nota Panduan ESG berada pada tahap yang berbeza-beza. Kebanyakan FMC dengan AUM melebihi RM10 bilion (selepas ini dirujuk sebagai ‘FMC Besar’) menyatakan bahawa mereka telah menerima pakai amalan yang disyorkan dalam Nota Panduan ESG. FMC besar menyumbang 84% daripada AUM industri pengurusan dana sebanyak RM945 bilion pada 30 Jun 2023. Antara lain, kebanyakan FMC Besar menyatakan bahawa:
  Tadbir Urus
        Pemb ka
Polisi
Pengurusan risiko
Komunikasi dengan pihak berkepentingan
angunan pasiti
  Penzahiran
Lembaga Pengarah menetapkan hala tuju strategik bagi rangka kerja pelaburan bertanggungjawab dan ia dilaksanakan oleh pengurusan kanan.
Rangka kerja pelaburan bertanggungjawab tersedia dan faktor-faktor ESG diterapkan dalam proses pelaburan, pembuatan keputusaan dan pemilikan aktif.
Risiko material ESG dalam portfolio pelaburan dipantau, dinilai dan diurus secara berterusan.
• Libat urus bersama syarikat penerima pelaburan dan hak mengundi dilaksanakan ke atas isu-isu material ESG.
• Mengadakan penglibatan kerjasama antara FMC mengenai perkara berkaitan ESG.
Latihan berkaitan ESG disediakan kepada pelbagai peringkat kakitangan.
FMC menzahirkan objektif, strategi, amalan dan aktiviti berkaitan pelaburan bertanggungjawab dan penzahiran tersebut disahkan untuk membendung risiko pencucian hijau (greenwashing).
Akses kepada sumber, data dan pengawasan yang berkaitan SRI serta pemahaman yang kukuh tentang metodologi kompleks yang berkaitan akan bertindak sebagai pemangkin dalam meningkatkan kemajuan FMC dalam perjalanan SRI tersebut. SC mengiktiraf usaha yang dijalankan oleh FMC setakat ini dan akan menerima pakai pendekatan pematuhan pelbagai serampang berhubung cadangan utama dalam Nota Panduan ESG yang akan diumumkan pada 2024.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   41















































































   41   42   43   44   45