Page 45 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 45

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 Pada 2023, SC menjalankan RA terhadap RMO-DAX, bertumpukan kepada kecukupan dan keberkesanan rangka kerja usaha wajar yang berterusan berbanding Garis Panduan AML SC. Lanjutan daripada penilaian itu, SC telah mengenal pasti beberapa bidang untuk penambahbaikan termasuk keperluan untuk pelaksanaan dasar secara lebih konsisten dan prosedur, dokumentasi rasmi serta penyimpanan rekod termasuk tadbir urus yang lebih berkesan dan pengawasan oleh lembaga pengarah.
Pengawasan Organisasi Kawal Selia Kendiri
SC menyelia Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) dalam memastikan mandat kawal selianya dilaksanakan dengan betul sebagai organisasi kawal selia kendiri (SRO) untuk kepentingan awam dan perlindungan pelabur.
Pendekatan penyeliaan yang proaktif telah dijalankan untuk memudahcarakan penyeliaan yang berkesan ke atas FIMM melalui kewajipan pelaporan dan libat urus dengan lembaga pengarah dan pengurusan kanan FIMM. SC juga mengambil bahagian dalam program utama oleh FIMM yang termasuk mesyuarat agung tahunan, taklimat kawal selia industri, dan konvensyen tahunan FIMM untuk membincangkan isu-isu dan trend penyeliaan berkaitan pemasaran, pengedaran dan amalan jualan yang melibatkan unit amanah dan skim persaraan swasta.
Pada 2023, juga diperhatikan bahawa FIMM telah melaksanakan kebanyakan cadangan daripada penilaian kawal selia SC sebelum ini untuk mengukuhkan lagi keberkesanan dan kecekapan fungsi pendaftaran, penyeliaan dan penguatkuasaan. Selain itu, pelbagai usaha untuk pembangunan industri, pendidikan dan celik kewangan telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada mandat pembangunannya.
Pengawasan Pentadbir Pencen Swasta
Sebagai pentadbir berpusat, Pentadbir Pencen Swasta (PPA) menyediakan perkhidmatan repositori data untuk ahli dan pembekal serta pendidikan pelabur tentang PRS. Pengawasan SC ke atas PPA terus memastikan ia terus mengunapakai amalan tadbir urus yang wajar dan melaksanakan fungsinya dengan berkesan dalam rangka kerja operasi yang baik.
Pada 2023, PPA terus menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan tambah nilai melalui platform PRS Dalam Talian yang kekal sebagai utiliti utama untuk ahlinya dan orang ramai yang melabur. Memandangkan peranannya dalam pendidikan pelabur, PPA telah memperkenalkan pelbagai inisiatif pemasaran dan kempen promosi yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan industri PRS.
ADUAN DAN PERTANYAAN
Untuk mendukung perlindungan pelabur, SC mempunyai proses yang mantap, sistem dan sumber khusus untuk mengurus semua aduan dan pertanyaan yang diterima daripada orang ramai.
SC memerhatikan peningkatan jumlah aduan dan pertanyaan pada 2023, berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Pada 2023, jumlah aduan dan pertanyaan yang diterima oleh SC, adalah 20% lebih daripada 2022. Peningkatan dalam aduan dan pertanyaan, sebahagian besarnya adalah berkenaan penipuan dan aktiviti tidak berlesen (Jadual 20).
Walaupun peningkatan dalam jumlah aduan dan pertanyaan tersebut menunjukkan terdapat kesedaran yang lebih besar dan pemikiran skeptikal dalam kalangan orang ramai, SC meneruskan untuk menambah usaha bagi membendung penipuan dan aktiviti tidak berlesen melalui pendekatan pelbagai serampang (Rujuk Rencana Khas 1, Ke Arah Perlindungan Pelabur yang Lebih Baik). .
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 43
 




















































































   43   44   45   46   47