Page 47 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 47

                                 BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 RENCANA KHAS 1
KE ARAH PERLINDUNGAN PELABUR YANG LEBIH BAIK
Tinjauan
Selama bertahun-tahun, kita telah melihat banyak kejadian di mana individu atau entiti telah ditipu, diperdaya, diberikan maklumat palsu serta didesak untuk memberikan wang dan simpanan persaraan mereka oleh aktiviti penipuan licik yang menjanjikan pulangan dan faedah yang sangat lumayan. Aktiviti yang demikian, juga dicerminkan dalam peningkatan jumlah aduan dan pertanyaan yang diterima oleh SC, mengenai aduan dan pertanyaan yang kebanyakkanya berdasarkan penipuan dan aktiviti tidak berlesen. Pada 2023, SC menerima 3,262 aduan dan pertanyaan mengenai penipuan dan aktiviti tidak berlesen. Ini mewakili peningkatan ketara sebanyak 321% sepanjang lima tahun lepas dari tahun 2019 hingga tahun 2023.
Aduan dan Pertanyaan berkenaan Aktiviti Tidak Berlesan dan Penipuan
  3,475 3,262 2,461
321%
      1,799
  774
  2019 2020 2021 2022 2023
Selain daripada pelbagai jenis penipuan termasuk penipuan pelaburan, dan aktiviti tidak berlesen, terdapat juga peningkatan yang membimbangkan yang dapat diperhatikan, melibatkan tatalaku syarikat awam tidak tersenarai (UPC) dan entitI yang menawarkan produk Cash Trust.
Penipuan Pelaburan
Penipuan pelaburan melibatkan promosi produk pelaburan yang tidak wujud. Ini berlaku di mana penipu membuat dakwaan palsu bahawa pelaburan itu akan dijadikan produk pasaran modal seperti saham atau mata wang kripto, walhal sebenarnya peluang atau produk pelaburan tersebut tidak wujud.
Dalam kebanyakan kes, penipuan pelaburan akan menawarkan pulangan tinggi yang luar biasa. Sebagai contoh, dalam hal ini, adalah sesuatu yang kerap berlaku untuk skim sedemikian menjanjikan pulangan 1,000% dalam masa 24 jam bahkan dalam masa beberapa jam. Skim sebegini juga menawarkan pakej pelaburan yang dianggarkan bermula dari serendah RM300 hingga lebih kurang RM1,000 sahaja. Selain daripada dilihat sebagai sahih, situasi ini juga akan membolehkan penipu untuk menakluki kumpulan mangsa berpotensi yang lebih luas, termasuk mereka yang berada di bawah kurungan berpendapatan rendah. Ini kerana jumlah yang kecil lebih mudah didapati. Selanjutnya, memandangkan pelaburan itu secara amnya akan dilihat kurang berisiko dengan jumlah pelaburan mereka yang agak kecil, mangsa sasaran juga mungkin lebih cenderung kearah pelaburan yang kurang berisiko.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 45
 


















































































   45   46   47   48   49