Page 49 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 49

                                  BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
  Contoh Penipuan Pelaburan yang Menyamar Sebagai Peluang Pekerjaan
Pelaku biasanya akan mencari mangsa melalui platform pesanan sosial iaitu WhatsApp dan Telegram. Mangsa akan dibayar token untuk melakukan tugas mudah seperti menulis ulasan dan ‘meyukai/like’ halaman media sosial. Setelah mendapat kepercayaan mangsa, pelaku akan meyakinkan mangsa untuk melabur dalam mata wang kripto atau skim saham yang tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi. Wang akan diminta untuk dipindahkan ke dalam akaun bank keldai, yang akhirnya akan lesap.
Contoh Penipuan Pelaburan melalui Aplikasi Temu Janji
Pelaku biasanya akan berkawan dengan mangsa melalui media sosial atau laman janji temu. Selepas menggoda mangsa ke dalam hubungan romantis, pelaku akan meyakinkan mangsa untuk melabur dalam mata wang kripto atau skim saham yang tidak wujud dengan jaminan pulangan tinggi. Mangsa akan diminta memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank keldai. Lama-kelamaan, mangsa akan sedar bahawa hubungan itu adalah palsu dan pelaburan wang telah disalahgunakan.
 Aktiviti Tidak Berlesen
Aktiviti tidak berlesen ialah aktiviti terkawal yang telah dijalankan oleh individu di Malaysia tanpa sebarang lesen atau pendaftaran. Seksyen 58(1) CMSA menghendaki individu untuk memegang CMSL atau menjadi individu berdaftar bagi menjalankan perniagaan dalam mana-mana aktiviti terkawal atau menganggap dirinya menjalankan aktiviti perniagaan tersebut.
Terdapat lapan jenis aktiviti terkawal, dan ia terkandung dalam Jadual 2 CMSA termasuk berurusan dalam sekuriti, berurusan dalam derivatif, pengurusan dana, nasihat pelaburan, dan sebagainya.
Seksyen 58(4) CMSA selanjutnya memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang menjalankan perniagaan aktiviti terkawal tanpa lesen atau pendaftaran melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi 10 juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 10 tahun atau kedua- duanya.
Selain itu, mereka yang terlibat dalam mengendalikan platform pembiayaan P2P, ECF, DAX atau tawaran awal Bursa (IEO), mesti didaftarkan sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf dengan SC di bawah seksyen 34 CMSA.
SC kerap menerima aduan dan pertanyaan mengenai pengendali aktiviti tidak berlesen yang tidak semestinya melakukan penipuan. Walaupun beberapa aktiviti tidak berlesen dijalankan secara tempatan oleh rakyat Malaysia dengan kehadiran individu tempatan, terdapat juga entiti asing yang menjalankan aktiviti tidak berlesen di Malaysia. Entiti asing ini mungkin dilesenkan atau dikawal selia dengan sahih oleh pengawal selia asing. Walau bagaimanapun, mereka akan dianggap sebagai masih melanggar undang-undang Malaysia jika mereka menjalankan aktiviti mereka di Malaysia, memohon pelanggan Malaysia atau telah mendapat kehadiran tempatan di Malaysia tanpa lesen yang diperlukan atau pendaftaran daripada SC.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 47
 






















































































   47   48   49   50   51