Page 48 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 48

                                 BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 46
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Dalam kebanyakan penipuan ini, pelaku menggunakan laman web palsu, halaman media sosial dan akaun bank keldai untuk mempromosi dan menjalankan aktiviti haram mereka. Dalam sesetengah kes, penipu menyalahgunakan nama agensi seperti SC, BNM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pengantara berlesen, visual selebriti tempatan dan pemimpin agama untuk memberi jaminan kesahihan terhadap skim pelaburan tersebut. Kebanyakan daripada skim ini juga mendakwa mereka menjalankan aktiviti patuh Syariah untuk menarik sentimen pelabur Islam.
Antara ciri-ciri yang kerap diperhatikan ialah penggunaan akaun bank keldai yang berleluasa oleh penipu. Bakal mangsa akan dikehendaki memasukkan wang ke dalam akaun bank keldai tersebut, dan serta- merta selepas deposit dibuat, mangsa akan dimaklumkan bahawa pelaburan mereka telah mendapat ‘keuntungan’. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang individu membuat keputusan untuk menarik semula ‘keuntungan’, mangsa akan diminta untuk membuat pembayaran selanjutnya, yang telah dipalsukan sebagai caj dari BNM, caj cukai pendapatan, yuran pentadbiran, deposit pendahuluan, dan sebagainya. Bayaran ini biasanya akan dijadikan sebagai akaun bank keldai yang berbeza.
Pada tahun 2023, penggunaan platform media sosial, khususnya Facebook dan Telegram, terus menjadi mod utama pelaku untuk menjalankan aktiviti haram mereka. Modus baharu diperhatikan pada tahun 2023, adalah penggunaan e-dompet dan mata wang kripto sebagai cara pembayaran yang melibatkan penipuan pelaburan, berbanding akaun bank keldai yang digunakan sebelum ini. Ini mungkin direka untuk mengelakkan pengesanan mudah dan intervensi segera agensi penguatkuasaan.
Memandangkan taktik yang berubah-ubah oleh pelaku, SC kekal melaksanakan pemantauan dan pengawalseliaan yang berterusan untuk mengurangkan risiko entiti terkawalnya, berpotensi untuk digunakan sebagai saluran aktiviti haram.
SC juga memerhatikan evolusi penipuan pekerjaan dan penipuan cinta yang kini kerap mempunyai unsur penipuan pelaburan.
Trend Penipuan Baharu Muncul
SC sentiasa memantau dan mengambil maklum trend baharu muncul dan MO mengenai penipuan untuk memastikan intervensi yang wajar dan tepat pada masanya, diambil terhadap penipuan pelaburan. Dalam hal ini trend baharu seperti berikut telah diperhatikan.
 Contoh Skim Penipuan Pelaburan Membabitkan Mata Wang Kripto
Skim penipuan biasanya ditawarkan melalui platform media sosial (terutamanya Facebook) dengan peluang pelaburan dalam mata wang kripto yang menjanjikan pulangan tinggi dalam jangka masa yang singkat. Pelanggan yang berminat diarahkan untuk membuka akaun dengan pengendali DAX berdaftar dengan SC dan membeli mata wang kripto. Seterusnya, mata wang kripto dipindahkan ke alamat dompet yang dikawal oleh pelaku. Mangsa tidak pernah menerima pulangan yang dijanjikan dan akan diminta untuk membuat pembayaran lagi dalam bentuk mata wang kripto, untuk mengeluarkan pelaburan awal.
Dengan meminta mangsa untuk berurus niaga melalui pengendali DAX berdaftar SC, pelaku telah memberi gambaran palsu kepada mangsa tentang kesahihan skim tersebut.
 





















































































   46   47   48   49   50