Page 66 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 66

                                BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
 BAHAGIAN 3
MEMPERKUKUH
KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
PENGENALAN
Pembentukan dan mobilisasi modal yang berkesan terus menjadi pendorong utama dalam memperkukuh kestabilan dan daya saing pasaran modal Malaysia. Seiring dengan objektif ini, SC melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan yang merangkumi kedua-dua pasaran alternatif dan tradisional. Khususnya, inisiatif ini menjurus ke arah memudahkan saluran pengumpulan dana yang lebih besar, terutamanya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC) serta mengukuhkan keseluruhan ekosistem pelaburan. Inisiatif utama termasuk pembentukan libat urus dengan agensi kerajaan yang lain, memperkenalkan produk yang inovatif menyepadukan pemain baharu ke dalam ekosistem pasaran dan akan membangunkan saluran bakat yang berkaitan.
Selain itu, SC terus memacu agenda kemampanan dan tadbir urus korporat, memperluas dan mengembangkan pasaran modal Islam, serta memperkukuh industri pengurusan dana. SC juga berusaha untuk memupuk pasaran derivatif yang kompetitif dan menerima inovasi untuk pertumbuhan yang lebih besar. Di peringkat global, SC bertujuan untuk meningkatkan profil antarabangsa pasaran modal Malaysia dan rangka kerja pengawalseliaannya.
       64
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSA
MENGUKUHKAN EKOSISTEM PEMBIAYAAN DAN PELABURAN UNTUK PERTUMBUHAN BERTERUSAN
Selaras dengan keperluan pasaran yang berkembang dan kemajuan digital, pasaran modal terus memperluas peranannya dalam membiayai usaha perniagaan, mencipta pekerjaan, meluaskan pemilikan aset, dan menghasilkan pulangan daripada simpanan jangka panjang. Dalam aspek ini, SC telah memudahcarakan pelbagai langkah melalui penyediaan solusi inovatif pasaran modal dan usaha bersama dengan pelbagai pihak berkepentingan serta institusi penting.
Meningkatkan Akses PMKS kepada Pembiayaan Pasaran Modal
Kerjasama SC-SME Corp
Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) untuk merangsang akses PMKS ke pembiayaan pasaran modal. SME Corp adalah agensi penyelaras utama di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengkoordinasikan pelaksanaan program pembangunan bagi PMKS di seluruh kementerian dan agensi berkaitan.
 




















































































   64   65   66   67   68