Page 67 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 67

                                MOU ini, yang dibina atas dasar keutamaan bersama SC dan SME Corp, sejajar dengan visi SC untuk memupuk pasaran modal yang bertenaga dan berdaya saing yang inklusif serta mampu memenuhi keperluan pembiayaan yang berbeza bagi PMKS. Ia juga melambangkan komitmen SC dan SME Corp dalam menyokong perkembangan dan daya saing PMKS, dengan segmen PMKS menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi.
Kerjasama selama 3 tahun antara SC dan SME Corp menyasarkan untuk mewujudkan kira-kira 200 PMKS yang bersedia menghadapi pasaran modal menjelang tahun 2026, dan untuk memahirkan kira-kira 300 PMKS dengan penzahiran kemampanan dan amalan terbaik tadbir urus korporat.
Mobilisasi Pembiayaan Pasaran Modal Di bawah NIMP 2030
Pembiayaan dan alat pasaran modal telah dipaparkan secara ketara di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. Sektor swasta, termasuk kewangan dan pasaran modal, dijangka menyediakan sebahagian besar daripada anggaran jumlah pelaburan yang bernilai sebanyak RM95 bilion.
SC menyediakan input untuk Financing and Push untuk bahagian sifar bersih (net zero) dalam NIMP 2030 dari segi peluang mobilisasi pembiayaan pasaran modal untuk PMKS dan MTC dalam sektor pembuatan dan sektor industri perkhidmatan berkaitan pembuatan.
Mobilisasi Modal untuk Pembiayaan PMKS dan Syarikat Pertengahan melalui ECF dan Pembiayaan P2P untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi
Selaras dengan objektif Ekonomi MADANI dalam mempromosikan pertumbuhan ekonomi yang lebih besar, terangkum dan mampan, ECF dan pembiayaan P2P terus memudahcarakan pasaran pembiayaan untuk lebih daripada 15,000 perniagaan di Malaysia, menjangkau RM6 bilion sejak dimulakan. Pada tahun 2023, jumlah keseluruhan yang dikumpulkan meningkat sebanyak 29% daripada tahun 2022, mencapai rekod tertinggi walaupun ketidakpastian ekonomi yang tinggi.
Pasaran juga menyaksikan peningkatan sumbangan ECF dan pembiayaan P2P yang patuh Syariah kepada jumlah dana yang dikumpulkan pada tahun 2023, menyumbang sebanyak 24% berbanding hanya 8% pada tahun 2022. Jumlah dana yang dikumpulkan melalui pembiayaan yang patuh Shariah di kedua-dua pasaran meningkat secara signifikan pada tahun 2023 kepada RM524.8 juta (2022: RM140.8 juta), terutamanya disebabkan oleh peningkatan yang besar dalam dana yang dikumpulkan melalui pasaran pembiayaan P2P. Sehingga kini, terdapat sembilan operator platform yang menawarkan pilihan pembiayaan patuh Syariah, menampung pelbagai segmen perniagaan.
Berdasarkan sifat digital saluran pembiayaan alternatif ini, perniagaan di luar Lembah Klang semakin memanfaatkan ECF dan pembiayaan P2P untuk keperluan kewangan mereka. Pada tahun 2023, perniagaan di luar Lembah Klang telah berjaya mendapatkan lebih daripada RM811.6 juta, membentuk 37% daripada jumlah dana yang dikumpulkan, peningkatan yang ketara dari RM471.5 juta pada tahun 2022. Pertumbuhan ini, yang dipacu oleh penerbitan kukuh di platform pembiayaan P2P, menandakan trend yang menjanjikan dalam memperluaskan peluang ekonomi di seluruh negara.
BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
  Objektif utama di bawah rangka kerja kerjasama ini termasuk:
Memperkukuhkan inklusiviti pembiayaan melalui inisiatif bersama untuk meningkatkan akses pembiayaan PMKS ke solusi pasaran modal. Ini termasuk meningkatkan kesediaan-pasaran modal PMKS melalui program pembangunan kapasiti dan rangkaian.
Memudahcara peralihan ESG dan kemampanan PMKS dengan meningkatkan pemahaman mereka terhadap penzahiran kemampanan dan amalan terbaik tadbir urus korporat. Inisiatif ini termasuk pembangunan kapasiti terhadap Simplified ESG Disclosure Guide (Panduan Pendedahan EDG Ringkas atau SEDG) untuk PKS yang telah diterbitkan pada Oktober 2023.
Memperkukuhkan maklumat dan data pasaran kedua-dua pihak mengenai akses pasaran modal PMKS dengan berkongsi maklumat dan analisis. Inisiatif dalam bidang ini termasuk kajian pasaran modal PMKS, perundingan mengenai dasar dan inisiatif pasaran modal PMKS.
Memperluaskan kumpulan dana pembiayaan pasaran modal untuk PMKS dengan membangunkan pelaburan dan inisiatif yang strategik. Ini termasuk menyokong penyenaraian saham atau melalui pengumpulan dana pembiayaan alternatif di Malaysia.
                                              LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 65
 


















































































   65   66   67   68   69