Page 76 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 76

                                BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
 74
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSA
Memberi Kelonggaran untuk Penyenaraian Sekunder ETF
Perkembangan dan populariti ETF dalam dekad yang lalu telah secara signifikan menstruktur semula landskap pelaburan secara global. Dalam lingkungan ini, penyenaraian sekunder yang merupakan proses penyenaraian di bursa saham yang berbeza telah menjadi langkah strategik bagi penerbit ETF yang bermatlamat untuk memperluas jangkauan dan menarik pelabur secara lebih meluas.
Menyedari batasan dalam rangka kerja kawal selia yang sedia ada dan potensi pertumbuhan bagi segmen ini, SC berusaha untuk memberikan lebih banyak kelonggaran dan menyediakan lebih kejelasan mengenai penyenaraian sekunder ETF di Bursa Malaysia.
Sehingga kini, SC telah membenarkan pengendali ETF asing untuk memohon penyenaraian sekunder bagi sehingga lima ETF bukan biasa, seperti ETF terleveraj, ETF berbalik, dan ETF sintetik, yang tertakluk kepada beberapa kawalan terhadap pengendali asing. Kawalan- kawalan ini termasuk keperluan bagi pengendali ETF untuk mengekalkan maklumat tertentu seperti NAV indikatif, fi, maklumat tentang kakitangan utama, dan ringkasan kedudukan kewangan pengendali di laman webnya serta memaklumkan kepada SC mengenai peristiwa yang mungkin mempengaruhi indeks yang dijejaki oleh ETF.
Pada dasarnya, inisiatif ini akan memberi kuasa kepada pelabur dengan strategi yang lebih pelbagai untuk mengumpul kekayaan yang boleh diakses dengan mudah dan kos efektif di bursa saham. Selain itu, pengenalan rangkaian ETF yang lebih pelbagai kemungkinan akan meningkatkan penyertaan keseluruhan dalam pasaran ETF domestik dan seterusnya meningkatkan kerancakan pasaran secara keseluruhan.
Meneraju Intervensi Tatalaku dalam Industri Pencen Swasta
Dalam menghadapi perubahan demografi yang pesat bersamaan dengan cabaran ekonomi dalam dunia pasca pandemik, perbincangan mengenai masa depan rakyat Malaysia berkaitan simpanan persaraan mereka telah menjadi suatu isu yang semakin mendesak. Peranan sektor swasta dalam menambah pendapatan persaraan menjadi lebih ketara lagi apabila kita mempertimbangkan PRS dalam rangka kerja pencen pelbagai lapisan Malaysia.
Walaupun terdapat pertumbuhan yang menggalakkan sebanyak 19.22% dalam industri dengan jumlah AUM
keseluruhan mencapai RM6.45 bilion dan sejumlah 579,000 ahli pada akhir tahun 2023, SC memperakui bahawa dalam usaha bergerak ke arah keselamatan persaraan khususnya melalui penyelesaian sektor swasta memerlukan kerjasama dan kolaborasi antara pihak- pihak berkepentingan dalam persaraan dari pelbagai sudut.
Dalam konteks ini, SC menerajui amalan intervensi tatalaku oleh penyedia PRS dan PPA pada tahun 2023. Ini merupakan penyelesaian yang merangkumi sains tatalaku untuk mencipta penyelesaian yang berkesan untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini. Beberapa intervensi tatalaku yang diusahakan oleh penyedia PRS dan PPA termasuk mesej berbentuk sasaran kepada ahli dan debit langsung melalui sistem Akaun Dalam Talian PPA, yang akan memudahcarakan caruman yang lebih senang dan mudah dan secara automatik oleh ahli ke akaun PRS masing-masing.
Segala usaha ini bermula dari bengkel yang dianjurkan oleh SC pada Mac 2023, di mana penyedia dipelawa untuk menghadiri libat urus perbincangan mengenai kaedah intervensi perilaku boleh digunakan untuk meningkatkan penyertaan dan caruman ke dalam PRS. Penyedia bekerjasama dengan SC untuk membangunkan mesej tatalaku yang bersasar dan pendekatan untuk menguji ahli masing-masing. Pendekatan ujian perintis ini dijalankan untuk menentukan secara empirikal mesej tatalaku yang paling berkesan dan boleh digunakan oleh penyedia dalam jangka panjang untuk meneruskan intervensi yang diarahkan dalam kalangan ahli masing- masing.
Dialog mengenai kecukupan persaraan dan penyelesaian perilaku untuk menangani isu ini berterusan dengan forum persaraan SC pada November 2023 bertajuk ‘Meningkatkan Tingkah Laku Jangka Panjang Perancangan dan Tabungan Persaraan. Ini merupakan saluran penting untuk membawa pakar perlindungan sosial dan pencen persendirian berkongsi penyelesaian penambahbaikan di seluruh sistem pencen persendirian yang sepatutnya dilaksanakan untuk memenuhi dengan lebih baik keperluan persaraan yang berubah-ubah rakyat Malaysia.
Memperluas Saluran Penasihat di samping Memastikan Peranan Berterusan bagi Wakil Peniaga
Dengan keperluan untuk pelabur Malaysia menjadi lebih sofistikated, perantara pasaran akan diharapkan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan yang menambah nilai, dari pelaksanaan hingga perkhidmatan nasihat, bagi memudahkan akses dan keselesaan. SC
 

















































































   74   75   76   77   78