Page 77 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 77

                                BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
 memperakui potensi wakil peniaga untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan tambah nilai tersebut dan, sehubungan ini, berusaha untuk memberikan peluang yang lebih besar kepada wakil peniaga untuk memperluaskan skop aktiviti mereka untuk merangkumi perkhidmatan berkaitan nasihat. Ini akan memberikan sumber pendapatan tambahan bagi wakil peniaga di samping memperluas saluran bagi pelabur untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan lain.
Peluasan ini melibatkan penghapusan keperluan untuk wakil peniaga bekerja sepenuh masa dan membenarkan mereka mendapat lesen dan/atau didaftar untuk penasihat pelaburan, perancangan kewangan, dan pengedaran amanah pelaburan dan PRS kepada pelanggan mereka.
Kelonggaran ini ditawarkan kepada wakil peniaga yang telah mendapat lesen selama lebih dari lima tahun dan memenuhi keperluan kecekapan untuk aktiviti dikawal selia yang berkaitan. Bagi memastikan pengawasan dan pemantauan yang berkesan untuk mengurangkan risiko sebarang salah salah, aktiviti dikawal selia tambahan hendaklah dijalankan oleh firma broker yang sama atau dalam kumpulan syarikat yang sama.
Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini akan terus memastikan wakil peniaga menyesuaikan diri dengan landskap pelaburan yang berubah-ubah dalam pasaran modal di samping menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelabur dalam produk dan perkhidmatan pasaran modal lain.
Memperkenalkan Rangka Kerja Skim Asing yang Dikecualikan
Dengan demografi pelabur Malaysia yang semakin matang, adalah penting agar pelabur diberdayakan dengan lebih banyak pilihan dana pelaburan untuk memenuhi pelbagai selera risiko dan keperluan mereka. Ini termasuk pendedahan kepada strategi dan geografi yang berbeza. Walaupun dana dalam negara memenuhi keperluan pelabur, SC mengakui potensi yang mungkin diberikan oleh dana asing dalam memperluaskan pilihan yang tersedia kepada pelabur.
Sehubungan ini, satu rangka kerja baharu bagi Skim Asing yang Dikecualikan diperkenalkan untuk memperluaskan akses kepada dana asing dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelabur sofistikated. Ini akan membolehkan pengendali dana asing yang berkaitan dengan pengurus dana berlesen SC menawarkan dana asing mereka kepada pelabur institusi dan entiti bernilai tinggi (HNWE).
Pada dasarnya, rangka kerja ini akan menyediakan lebih banyak pilihan dan menambah kepelbagaian kepada pilihan dana dalam pesisir dalam pasaran modal tempatan.
MEMBANGUNKAN PASARAN DERIVATIF YANG MENYELURUH DAN BERDAYA SAING
Dalam usahanya untuk membangunkan pasaran derivatif yang inklusif dan berdaya saing, SC telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk pengenalan dagangan saham pecahan, kontrak niaga hadapan mata wang Mini Dolar Amerika dan Renminbi China (FCNH), dan kontrak hadapan minyak soya. Inisiatif-inisiatif ini dijangka meningkatkan ketercapaian pelabur kepada pelaburan yang lebih berpatutan dan memperluaskan tawaran produk derivatif.
Kontrak Hadapan Mata Wang Mini USD-CNH
Pada 24 Februari 2023, SC memberikan kelulusan pada prinsipnya untuk pengenalan FCNH di Bursa Malaysia Derivatif (BMD). Kontrak itu adalah berdasarkan perjanjian pelesenan dengan Bursa Hadapan Hong Kong (HKFE) untuk harga penyelesaian kontrak mata wang USD/CNH Hong Kong.
Harga penyelesaian di Hong Kong digunakan sebagai rujukan apabila kontrak FCNH tamat. Walau bagaimanapun, semua elemen lain dalam spesifikasi kontrak FCNH seperti waktu dagangan, saiz kontrak dan had ditentukan oleh BMD.
Pengenalan FCNH membolehkan ekonomi Malaysia yang sebahagian besarnya eksport dan berpusatkan PKS keupayaan untuk memperdalam penyertaannya dalam pasaran derivatif dagangan bursa tempatan. Ia juga memenuhi keperluan ‘ekonomi sebenar’ yang ketara untuk memastikan turun naik kadar pertukaran antara mata wang dua ekonomi terbesar dunia boleh dilindung nilai secara berkesan pada platform domestik. Tambahan pula, kontrak itu akan meluaskan penawaran produk pada BMD melangkaui rangkaian komoditi, kewangan dan produk berasaskan ekuiti semasa. Kontrak tersebut dilancarkan pada 11 Disember 2023.
      LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 75
 


















































































   75   76   77   78   79