Page 79 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 79

                                BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
 Walau bagaimanapun, proses pemindahan yang dipercepatkan tidak menghalang mana-mana syarikat Pasaran ACE yang memenuhi syarat kemasukan Pasaran Utama untuk memohon pemindahan ke Pasaran Utama di bawah proses pemindahan biasa sedia ada.
Isu Berkaitan Pengumpulan Dana oleh Syarikat Awam Tidak Tersenarai
Terdapat kebimbangan yang meningkat terhadap tawaran saham daripada syarikat awam tidak tersenarai (UPC) yang memberi kesan terhadap pelabur.
SC memandang berat hal ini dan telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani kebimbangan ini. Ini termasuk libat urus bersama pengurusan UPC dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam aktiviti pegumpulan dana, untuk menyatakan kebimbangannya serta mengetengahkan jangkaan dari segi pematuhan undang-undang dan peraturan berkaitan pengawalseliaan aktiviti pengumpulan dana.
Selanjutnya, SC juga sedang menjalankan tinjauan menyeluruh ke atas rangka kerja kawal selia berkenaan tawaran saham oleh UPC untuk menyediakan perlindungan pelabur yang lebih bernas.
PENDEMOKRASIAN PELABURAN MELALUI PERKHIDMATAN PELABURAN DIGITAL
Kemajuan teknologi dan perubahan tingkah laku pengguna terus membentuk pasaran modal. Semakin hari, pengguna memerlukan lebih banyak data untuk membuat keputusan, pengalaman pelaburan yang disesuaikan dan lebih banyak pilihan pelaburan, termasuk aset alternatif melalui saluran digital.
E-dompet dengan kewangan tersirat memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan yang semakin berkembang ini kerana mereka menyepadukan perkhidmatan kewangan dengan lancar ke dalam platform mereka, di samping menawarkan pengguna bukan sahaja cara yang selamat dan mudah untuk mengurus dana mereka malah dapat memperluaskan akses kepada perkhidmatan pelaburan digital.
Sejak 2016, SC telah memudahcarakan penyediaan perkhidmatan pelaburan digital yang meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan dalam landskap kewangan dengan pendaftaran empat penyedia e-perkhidmatan baharu dan satu DAX baharu pada 2023.
Pengurusan Pelaburan Digital
Pengenalan rangka kerja pengurusan pelaburan digital (DIM) pada 2017 telah membolehkan peserta pasaran baharu dan sedia ada menerima pendigitalan dan memupuk penciptaan pendekatan yang inovatif dan lebih cekap dalam menyediakan produk dan perkhidmatan pasaran modal kepada pelabur.
Pada akhir 2023, DIM telah berkembang sebanyak 400 kali ganda dalam jumlah keseluruhan AUM, bernilai RM1.6 bilion. Manakala DIM AUM merangkumi kurang daripada 1% daripada jumlah AUM dalam industri pengurusan dana. Terdapat peningkatan aliran yang stabil, dengan pertumbuhan sebanyak 15% pada 2023. DIM telah berkembang pesat menjangkau luar Lembah Klang, memperkasakan lebih ramai pelabur untuk mendapatkan akses kepada pelbagai peluang pelaburan DIM. (Rujuk Rajah 2 - Ringkasan industri DIM).
Platform E-Perkhidmatan
Rangka kerja platform e-perkhidmatan (eSP) diperkenalkan pada tahun 2020, dan telah mempertingkat landskap digital pasaran modal Malaysia. Rangka kerja tersebut membolehkan platform seperti e-dompet dan penyedia perkhidmatan e-pembayaran untuk mendemokrasikan pengagihan produk pasaran modal dalam talian, seperti unit amanah, menjadikannya lebih mudah untuk diakses oleh pelbagai pelabur. Sehingga kini, sebanyak 43 produk pasaran modal telah dipermudahkan melalui platform ini, membenarkan akses yang lebih lancar dan meluas kepada peluang pelaburan untuk semua orang.
Sejak 2021, nilai kumulatif langganan bagi produk pasaran modal yang diedarkan di eSP telah melebihi RM18 juta. Terutamanya, pada tahun 2023 sahaja, langganan yang berjumlah RM12 juta, membentuk 67% daripada keseluruhan jumlah langganan sejak permulaan. Pasaran juga telah menyaksikan minat yang berterusan dalam eSP dengan peningkatan sebanyak 27% dalam bilangan akaun yang dibuat pada 2023, berbanding 2022.
   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 77
 

















































































   77   78   79   80   81