Page 81 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 81

                                mereka dengan selamat. Peserta bergantung kepada penyedia perkhidmatan teknologi pihak ketiga untuk perkhidmatan kustodian mereka tetapi peserta baharu dalam pasaran tempatan telah membolehkan DAX, IEO, FM dan institusi lain memanfaatkan penyelesaian kustodian mereka.
Ketika menggalakkan inovasi, perlindungan pelabur kekal penting dalam pasaran modal. Dengan kemajuan teknologi dan mengekalkan daya saing dalam pasaran, SC akan meneroka kes gunaan dengan cadangan yang tinggi bersama rakan industri. Kes gunaan yang telah diketengahkan daripada maklum balas industri termasuk eKYC melalui Identiti Digital dan tokenisasi aset.
Tokenisasi aset telah menjadi topik utama dalam pasaran modal yang pada asasnya membolehkan akses pelabur yang lebih baik dan meningkatkan kecairan sekuriti tradisional melalui tokenisasi. Terdapat minat yang semakin meningkat dalam kalangan peserta tempatan untuk meneroka tokenisasi aset tradisional seperti instrumen pendapatan tetap dan produk dana pada tahun 2023.
MEMACU INOVASI UNTUK PERTUMBUHAN YANG LEBIH HEBAT
SC kekal komited untuk memupuk inovasi dan kemajuan teknologi dalam pasaran modal Malaysia untuk menangani peningkatan permintaan untuk perkhidmatan digital dan dalam talian. Pendekatan
ini bertujuan untuk mempercepatkan pendigitalan dalam kalangan entiti pasaran modal dan penggunaan penyelesaian fintech yang inovatif dalam ekosistem keseluruhan, yang membawa kepada pertumbuhan dan pembangunan yang lebih besar dalam pasaran.
Memangkin Pendigitalan Pasaran Modal melalui Dana Inovasi Digital
Menyedari peranan pemain pasaran modal dalam membuka peluang baharu melalui pendigitalan, Dana Inovasi Digital (DIGID) telah ditubuhkan oleh SC untuk membiayai bersama penyelesaian inovatif baharu kepada pasaran, berskala dan mampan. Selaras dengan agenda PMKS SC, dana RM30 juta itu bertujuan untuk menyokong peserta pasaran modal yang lebih kecil untuk membangunkan projek yang memanfaatkan teknologi. Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk memupuk peluang pertumbuhan baharu dan cadangan kompetitif dalam pasaran modal Malaysia.
DIGID akan ditadbir dalam tempoh tiga tahun – dari 2023 hingga 2025, atau sehingga digunakan sepenuhnya. Amaun pembiayaan bagi setiap projek akan membayar sehingga 70% daripada perbelanjaan kelayakan yang diluluskan, dihadkan pada RM500,000. Penerima Anugerah DIGID yang berjaya akan menerima pembiayaan pada asas pembayaran balik setelah penyampaian pencapaian penting yang dipersetujui, yang merangkumi pembentangan penyelesaian yang lengkap dan pencapaian hasil yang diharapkan.
BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
     Pada 2023, 15 projek telah dipilih untuk Anugerah DIGID, dengan penyelesaian seperti berikut:
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 79
 






















































































   79   80   81   82   83