Page 82 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 82

                                BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
 Inisiatif DIGID telah memberikan penyelesaian yang menjanjikan yang merentasi pelbagai segmen pasaran modal termasuk perancangan kewangan, nasihat pelaburan, pengurusan dana, ECF, pembiayaan P2P, pasaran bon, unit amanah, PRS, modal teroka (VC) dan segmen aset digital. Projek-projek ini berusaha untuk mengguna pakai teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), analitik data, teknologi lejar teragih (DLT) dan penyepaduan API yang membolehkan sumber pertumbuhan baharu, kecekapan proses yang dipertingkat, penyampaian pelanggan yang lebih baik dan pengurusan risiko serta pematuhan kawal selia yang dipertingkatkan.
DIGID terus menggalakkan lebih banyak penyelesaian yang diberdayakan teknologi yang boleh meningkatkan kemampuan pasaran, memacu kecekapan lebih lanjut, dan mendorong kemasukan yang lebih besar untuk menyediakan khidmat kepada pasaran atau segmen yang kurang mendapat perkhidmatan.
Memudahcara Inovasi dalam ICM
SC berusaha untuk menggalakkan inovasi dan penyampaian produk dan perkhidmatan ICM yang cekap melalui teknologi kewangan. Untuk membolehkan pertumbuhan selanjutnya dan mengembangkan penawaran ICM, fintech akan dimanfaatkan sebagai pemboleh untuk penyelesaian inovatif, memberi tumpuan kepada ekonomi halal, SRI dan kewangan sosial Islam.
Walaupun penggunaan digital dan teknologi kewangan dalam ICM Malaysia telah berkembang merentasi ECF Islam, pembiayaan P2P dan DIM – wujud keperluan untuk memacu pertumbuhan dalam bidang ini. Pada 2021, SC, dengan kerjasama Dana Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCDF), telah memperkenalkan FIKRA, pemecut teknologi kewangan Islam pertama di Malaysia. FIKRA, yang diterjemahkan kepada ‘idea’, bertujuan untuk mengenal pasti dan mengembangkan penyelesaian fintech Islam yang relevan dan inovatif yang boleh membantu menangani tiga bidang cabaran utama, iaitu, tawaran ICM baharu, kebolehcapaian dan integrasi kewangan sosial.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk membangunkan ekosistem inovasi fintech Islam yang bingkas dalam ICM Malaysia, FIKRA ACE – inisiatif fintech tiga tahun yang dipertingkatkan, telah diperkenalkan pada Jun 2023. Berkembang daripada FIKRA yang menggunakan pendekatan pemecut tunggal, dilancarkan FIKRA ACE yang baru terdiri daripada tiga komponen:
Matlamat menyeluruh FIKRA ACE adalah untuk mengenal pasti syarikat dengan penyelesaian fintech untuk memupuk, mengembangkan dan berhubung dengan ekosistem ICM dalam pelbagai segmen. Inisiatif ini juga bertujuan untuk menyokong bidang fintech Islam dengan membina kapasiti dan saluran bakat untuk industri.
FIKRA ACE bermula pada 5 September 2023 dengan komponen pertama, iaitu program Pemecut, yang dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Program 8 minggu itu diakhiri dengan Hari Demo yang diadakan pada 9 November 2023, yang mana 10 syarikat pemula telah dipilih sebagai finalis untuk membentangkan idea mereka kepada panel hakim dan bakal pelabur serta rakan kongsi industri. 10 finalis ialah EPC Blockchain, Eversustain, Global Psytech, Pewarisan, Pod, HalalStocks, GreenArc Capital, Refundway, Sampul, dan W Vault oleh Wahine Capital. Global Psytech dan Pewarisan muncul sebagai pemenang untuk kohort 2023 dan memperoleh jumlah hadiah wang tunai gabungan sehingga RM80,000.
Selepas tamatnya program pemecut Accelerator tersebut, komponen kedua FIKRA ACE – Excel, yang melibatkan program kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, akan dilancarkan pada 1H 2024.
MENINGKATKAN TEKNOLOGI DAN DAYA TAHAN SIBER
Revolusi digital telah membawa kepada era baharu yang ditandai dengan keterhubungan, kemudahan dan inovasi. Hasilnya, semakin banyak entiti pasaran modal telah memanfaatkan teknologi ini untuk menjalankan
  Accelerator, an Islamic-solutions focused accelerator programmme
Circle, a networking platform to connect relevant stakeholders of the ICM and fintech industry
Excel, a platform for collaborations with higher learning institutions for capacity building
         80
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSA
 

















































































   80   81   82   83   84