Page 88 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 88

                                BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
 Permulaan program onboarding mandatori mengenai kemampanan bagi pengarah syarikat tersenarai
SC menerajui pembangunan program onboarding mandatori baharu untuk pengarah syarikat tersenarai, Program Peneraju untuk Impak (LIP).1 Pendaftaran pengarah dalam LIP telah diwajibkan melalui pindaan kepada Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2023.
Pengarah syarikat yang pertama kali memohon penyenaraian dan pemindahan mesti melengkapkan program dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pelantikan atau kemasukan, manakala pengarah sedia ada mesti melengkapkan LIP dalam tempoh 24 bulan dari tarikh kuat kuasa.
Pembangunan LIP adalah selaras dengan Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat SC 2021-2023, bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan lembaga pengarah menangani kemampanan dengan berkesan. Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM)1 dilantik sebagai penyedia perkhidmatan untuk LIP. Pada 11 dan 12 Julai 2023, ICDM menjalankan program rintis maya selama dua hari LIP bersama lembaga pengarah dan pengurusan kanan SC, Bursa Malaysia, ICDM serta Pengerusi syarikat tersenarai terpilih. LIP pertama telah dijalankan dari 7 hingga 10 Ogos 2023, dengan 14 lagi sesi dijalankan pada 2023. Lebih 900 pengarah telah menghadiri program itu tahun ini.
Penilaian Dwitahunan Tadbir Urus Korporat Serantau oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia
SC mengadakan libat urus dwitahunan dengan Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA) pada 27 Jun 2023 untuk tujuan penilaian Tadbir Urus Korporat (CG Watch) 2023. CG Watch ialah penilaian serantau yang menilai kualiti tadbir urus korporat makro dalam 12 pasaran Asia Pasifik. SC berkongsi langkah utama yang dilaksanakan untuk memacu tadbir urus yang baik dalam pasaran modal sejak penilaian terakhir pada 13 Julai 2020.
Pada Disember 2023, ACGA mengumumkan hasil penilaian 2023 dan Malaysia mengekalkan kedudukan
ke-5 dalam kalangan 12 pasaran Asia Pasifik, dengan peningkatan dicatatkan dalam enam daripada tujuh kategori penilaian. Berada di kedudukan pertama di kalangan pasaran lain, kategori prestasi terbaik Malaysia ialah Juruaudit dan Pengawal Selia Audit, diikuti dengan kekukuhan peraturan tadbir urus korporat dan penggunaan amalan tadbir urus korporat oleh syarikat tersenarai di mana ia menduduki tempat kedua selepas Australia. Laporan individu negara yang terperinci akan dikeluarkan oleh ACGA pada Q1 2024
Sasaran 30% dicapai bagi penyertaan wanita dalam lembaga pengarah 100 syarikat tersenarai teratas
16.6%
12.0% 13.3%
2016 2017
15.7% 16.6%
17.5% 16.9% Keseluruhan
2021 2022 2023
(Setakat Disember 2023)
19.2% 23.7% 25.0% 25.1% 25.0%
29.0% 30.7% 21.2% 25.4%
  86
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSA
1
Pembangunan LIP adalah selaras dengan Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat SC 2021-2023, bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan lembaga pengarah menangani kemampanan dengan berkesan. Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) dilantik sebagai penyedia perkhidmatan untuk LIP.
100 Teratas 2018 2019 2020
   Pada 1 Jun 2023, sasaran 30% untuk penyertaan wanita dalam lembaga pengarah 100 syarikat tersenarai teratas telah dicapai. Ini berikutan pengenalan peraturan untuk mewajibkan semua lembaga pengarah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita yang diperkenalkan pada Mei 2022 yang berkuat kuasa untuk syarikat tersenarai besar (yang mempunyai permodalan pasaran RM2 bilion dan ke atas) pada 1 September 2023 dan bagi syarikat yang selebihnya pada 1 Jun 2023. Sebelum peraturan itu diperkenalkan, kemajuan telah direkodkan, tetapi penambahbaikan adalah kecil antara 2019 hingga 2021, yang kemudiannya memerlukan pengenalan peraturan. SC terus menggalakkan, melalui Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia agar syarikat tersenarai memastikan bahawa lembaga pengarah mereka terdiri daripada sekurang-kurangnya 30% pengarah wanita, dan pada 1 Disember 2023, 30.7% daripada 100 syarikat tersenarai teratas telah mencapai sasaran tersebut.
  









































































   86   87   88   89   90