Penguatkuasaan Terhadap Firma Audit dan Juruaudit Individu

AOB menggunakan pelbagai alat penguatkuasaan dan kuasa untuk mencapai keputusan yang diingini. AOB melaksanakan tindakan pentadbiran ke atas juruaudit untuk pelbagai salah laku yang antara lain, termasuk kesalahan berikut:

JENIS TINDAKAN YANG DIKENAKAN

Arahan untuk mematuhi

Celaan awam

Menebus pelanggaran dengan menurut arahan AOB

Mengikuti pendidikan profesional yang relevan

Melantik penyemak untuk memantau audit

Dilarang daripada mengaudit dan menerima PIE dan kumpulan wang jadual sebagai pelanggan audit

Penalti monetari

Seksyen 31Z SCMA

Membatalkan, menarik balik, atau menggantung pendaftaran atau pengiktirafan juruaudit

Seksyen 31Q SCMA

Dalam melaksanakan tindakan di atas, AOB menggunakan prinsip keberkadaran dalam menentukan sekatan penguatkuasaan yang sewajarnya. Untuk memastikan sekatan yang dilaksanakan berfungsi sebagai pencegahan yang berkesan, AOB mempertimbangkan perkara berikut:

PERKARA YANG DIPERTIMBANGAN DALAM TINDAKAN PENGUATKUASAAN AOB

Sifat dan keseriusan pelanggaran
Tingkah laku juruaudit
Kesan mungkin dan sebenar kepada pasaran modal
Faktor pelegaan termasuk sebarang tindakan yang diambil oleh juruaudit untuk memulihkan pelanggaran yang dikenal pasti
Pada 2021, AOB melaksanakan lima tindakan penguatkuasaan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 5 di bawah. AOB membatalkan pendaftaran seorang rakan kongsi audit dan mengenakan penalti monetari sebanyak RM400,000 terhadap sebuah firma audit di atas kegagalan firma tersebut mematuhi piawaian etika yang berkaitan kebebasan juruaudit. Firma audit tersebut turut dilarang daripada menerima dan mengaudit mana-mana PIE atau kumpulan wang jadual untuk tempoh 12 bulan.

Rakan kongsi audit dan firma audit tersebut keduaduanya didapati melanggar seksyen R601.6 Undang-undang Kecil Institut Akauntan Malaysia (MIA) iaitu memberikan perkhidmatan yang dilarang kepada pelanggan auditnya. AOB melihat ketidakpatuhan terhadap piawaian etika tersebut sebagai satu kesalahan serius memandangkan ia menjejaskan kebebasan juruaudit dan menyebabkan ancaman semakan kendiri kepada kebebasan.
RAJAH 5: TINDAKAN PENGUATKUASAAN YANG DILAKSANAKAN PADA 2021

1

Pembatalan Pendaftaran

2

Larangan + Penalti
Monetari

1

Penalti Monetari

1

Celaan

Di samping itu, AOB turut mengenakan penalti monetari sebanyak RM150,000 dan RM50,000 masing-masing terhadap firma audit dan rakan kongsi audit yang sama kerana melanggar keperluan Piawaian Pengauditan Antarabangsa (ISA) yang berkaitan. Larangan untuk tempoh 12 bulan juga dikenakan terhadap firma audit tersebut. Kekerasan tindakan penguatkuasaan mencerminkan keseriusan kesalahan itu, dan berfungsi sebagai peringatan yang kuat kepada juruaudit untuk memastikan pematuhan ISA dan lain-lain keperluan peraturan pada setiap masa.

AOB menyedari bahawa untuk mendapatkan impak pencegahan yang diperlukan, prosiding penguatkuasaan hendaklah diselesaikan segera. Bilangan kes yang masih belum selesai setakat 31 Disember 2021 dinyatakan dalam Jadual 3. Butiran perkembangan kes sejak 2017 dinyatakan dalam Jadual 4.

Jadual 3: Bilangan kes yang masih belum selesai setakat 31 Disember 2021

Kes yang dibawa daripada 2020

4

Tambah: Kes baharu yang dirujuk kepada Penguatkuasaan pada 2021

1

Tolak: Kes diselesaikan pada 2021

(3)

Kes belum selesai @ 31/12/2021

2

Jadual 4: BILANGAN KES YANG BERJAYA DISELESAIKAN SEJAK 2017

Tahun

Bilangan rujukan untuk prosiding penguatkuasaan

Bilangan kes yang diselesaikan sebelum 2021

Bilangan kes yang diselesaikan pada 2021

Bilangan kes yang masih belum selesai setakat 31 Disember 2021

2017

1

1

-

-

2018

8

8

-

-

2019

4

4

-

-

2020

5

1

3

1

2021

1

-

-

1

JUMLAH

19

14

3

2

  • Pemerhatian Penguatkuasaan AOB

    Piawaian pengauditan menekankan kepentingan bukti audit, di mana juruaudit dikehendaki menyediakan, tepat pada masanya, kertas kerja yang menyokong pelaksaan kerja-kerja audit dan kesimpulan yang diperolehi. Walau bagaimanapun, AOB mendapati dalam banyak situasi prosedur audit dan bukti audit dalam fail audit sama ada tidak wujud, tidak lengkap atau tidak mencukupi. Rajah 6 menjelaskan pemerhatian berkaitan dengan penguatkuasaan pada 2021.

    RAJAH 6: PEMERHATIAN AOB MENGENAI TINDAKAN PENGUATKUASAAN 2021

    Kebebasan juruaudit

    • Kurang kekuatan untuk berkata ‘Tidak’ atau tidak berupaya untuk menolak permohonan pelanggan yang meminta kerja bukan audit yang bersifat larangan menurut Undang-undang Kecil MIA (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional).

    Bukti audit

    • Dokumentasi dalam fail audit tidak wujud, tidak lengkap atau tidak mencukupi untuk menyokong prosedur audit yang telah dilaksanakan, andaian yang dilakukan dan kesimpulan yang dicapai.

    Keupayaan meneruskan perniagaan

    • Kegagalan untuk menilai kemunasabahan dan kesesuaian andaian yang telah dibuat.
    • Kegagalan untuk mencabar kedayamajuan pembiayaan / projek yang dicadangkan dan keupayaan pembiayaan / projek untuk berjaya.
    • Kegagalan untuk melaksanakan penilaian kuantitatif terhadap kedudukan kewangan syarikat (ujian kecairan atau penilaian nisbah) berdasarkan andaian yang telah dibuat.

    Rosot Nilai Aset

    • Kurang pemahaman dan pengetahuan mengenai piawaian perakaunan dan pengauditan berkaitan.
    • Kegagalan untuk mencabar andaian dan penilaian yang dibuat oleh pihak pengurusan.
    • Prosedur audit yang dilaksanakan tidak mencukupi untuk memastikan kebolehpercayaan data asas dan kemunasabahan andaian yang dibuat dalam unjuran aliran tunai.

  • Memperoleh Duluan Kehakiman

    Pada 2021, SC terlibat dalam tiga semakan kehakiman terhadap tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh AOB. Semakan kehakiman tersebut termasuk mencabar kuasa AOB dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturannya dan bagaimana AOB menjalankan prosiding penguatkuasaannya. Dalam semua permohonan semakan kehakiman tersebut, SC berjaya mendapatkan keputusan yang memuaskan. Ini mengukuhkan fakta bahawa rangka kerja penguatkuasaan AOB dan prosesnya adalah mantap.

    PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KEPUTUSAN PENGUATKUASAAN AOB PADA 31 DISEMBER 2021

    Semakan Kehakiman
    Keterangan Ringkas
    Keputusan
    Antara Afrizan Tarmili Khairul Azhar (AFTAAS) dan tiga rakan kongsinya dan SC
    Mencabar kuasa AOB dan bagaimana AOB menjalankan prosiding penguatkuasaan.
    • Mahkamah Rayuan pada 10 Disember 2021, memihak kepada SC dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Ogos 2020 untuk membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap AFTAAS dan rakan kongsinya.
    • Pada 31 Disember 2021, AFTAAS dan rakan kongsinya telah memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk penggantungan perlaksanaan sekatan yang dikenakan sehingga penentuan permohonan mereka untuk kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 10 Disember 2021 kepada Mahkamah Persekutuan.
    Antara RSL PLT dan dua rakan kongsinya dan SC
    Mencabar kuasa AOB dan bagaimana AOB menjalankan prosiding penguatkuasaan.
    • Pada 26 Oktober 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman RSL terhadap SC.
    Antara Andrew Heng dan SC
    Mencabar kuasa AOB dan bagaimana AOB menjalankan prosiding penguatkuasaan.
    • Mahkamah Rayuan pada 28 Oktober 2021, memihak kepada SC dan menolak rayuan Andrew Heng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Ogos 2020, yang menolak permohanan semakan kehakiman untuk antara lain mengenepikan/ membatalkan keputusan AOB dan keputusan rayuan SC.
Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup