AOB terus menumpukan usahanya dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang akan menyemai tingkah laku yang baik dan mencapai tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pendaftar AOB.
Hasil yang ingin dicapai oleh AOB termasuk:
Keberkadaran tindakan penguatkuasaan
Dalam menentukan jenis tindakan yang akan dikenakan, AOB memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan sepadan dengan sifat dan keseriusan pelanggaran. AOB akan mengenakan tindakan yang lebih ketat terhadap kes pelbagai kegagalan melaksanakan prosedur audit. Pertimbangan lain termasuk tingkah laku juruaudit, rekod kawal selia terdahulu dan kesan ke atas pasaran modal.
Sifat dan keseriusan
pelanggaran
Tingkah laku
juruaudit
Rekod kawal selia
terdahulu
Kesan ke atas
pasaran modal
Prosiding penguatkuasaan biasanya melibatkan tempoh yang panjang sebelum ia selesai. AOB sedar bahawa untuk tindakan penguatkuasaannya menjadi pencegahan yang berkesan dan untuk mengurangkan risiko kepada pasaran modal, prosiding penguatkuasaan perlu diselesaikan segera.
AOB mengiktiraf dan mempertimbangkan usaha juruaudit dalam mengurangkan sebarang ketidakpatuhan terhadap piawaian berkaitan yang membolehkan sesuatu hal tersebut diselesaikan awal dan lebih tepat pada masanya. Dalam aspek ini, AOB mengambil kira tahap kerjasama yang diberikan oleh juruaudit, termasuk memberikan maklum balas segera kepada permintaan AOB untuk mendapatkan maklumat, memberikan maklumat secara sukarela untuk membantu pasukan pemeriksaan/penguatkuasaan dan melaporkan sendiri sebarang ketidakpatuhan. Di samping itu, AOB menyenangi sikap proaktif juruaudit dalam mengambil tindakan untuk membetulkan, mengehadkan dan mengurangkan kes ketidakpatuhan yang berpotensi dan sebenar.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN PADA 2022
Sekatan yang dikenakan
Pada tahun 2022, AOB melaksanakan enam tindakan penguatkuasaan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. AOB melarang lima rakan kongsi audit dan satu firma audit daripada mengaudit dan menerima PIE dan kumpulan wang jadual sebagai pelanggan audit selama satu tahun. Di samping larangan tersebut, AOB juga mengenakan denda monetari ke atas rakan kongsi audit dan firma audit berjumlah RM383,500.
Tiga daripada rakan kongsi audit telah dikenakan sekatan kerana gagal mematuhi ISA yang berkaitan semasa melaksanakan audit PIE sebagai rakan kongsi tugasan. Sementara itu, dua lagi rakan kongsi audit dikenakan sekatan kerana gagal melaksanakan peranan mereka sebagai Penyemak Kawalan Kualiti Tugasan (EQCR). AOB memandang serius perkara ini dan menegaskan peranan penting EQCR dalam memelihara integriti kualiti audit dan proses kawalan.
Firma audit telah dikenakan sekatan kerana gagal mematuhi keperluan Piawaian Antarabangsa Tentang Kawalan Kualiti 1 (ISQC 1) yang berkaitan. Khususnya, firma tersebut telah gagal memastikan sistem pemantauan kawalan kualitinya beroperasi dengan berkesan, mengakibatkan kegagalannya untuk mengesan kelemahan audit yang terdapat dalam pengauditan pelanggan PIE.
AOB ingin menekankan kepentingan sistem dan amalan kawalan kualiti firma audit dan pematuhannya terhadap keperluan ISQC 1. AOB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap firma tersebut atas sebarang kelemahan dalam sistem kawalan kualiti dan ketidakpatuhan terhadap ISQC 1 dan Piawaian Antarabangsa Tentang Kualiti Pengurusan 1 (ISQM 1) (mulai 15 Disember 2022 dan seterusnya).
Tindakan AOB terhadap juruaudit diambil selepas proses sewajarnya diberikan kepada mereka, termasuk peluang untuk mereka mengemukakan rayuan kepada SC terhadap keputusan AOB.
Baca lebih lanjut mengenai tindakan penguatkuasaan AOB https://www.sc.com.my/aob/aobs-sanctions
Kes dalam siasatan dan telah selesai
Bilangan kes yang masih belum selesai setakat 31 Disember 2022 dinyatakan dalam Jadual 3. Butiran perkembangan kes penguatkuasaan sejak 2018 dinyatakan dalam Jadual 4.
JADUAL 3
JADUAL 4
Bilangan kes yang berjaya diselesaikan sejak 2018
PEMERHATIAN PENGUATKUASAAN AOB
Juruaudit yang terkilan dengan keputusan AOB boleh merayu kepada SC, dan jika tidak berpuas hati, mereka boleh mengambil tindakan undang-undang. Pada 2022, SC terlibat dalam tiga semakan kehakiman yang dikemukakan oleh firma audit Afrizan Tarmili Khairul Azhar (AFTAAS) dan rakan kongsi auditnya. Semakan kehakiman tersebut termasuk mencabar kuasa AOB dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturannya dan cara AOB menjalankan prosiding penguatkuasaannya.
Mahkamah Persekutuan, pada 17 Ogos 2022, mengumumkan satu keputusan yang amat bermakna apabila para hakim sebulat suara memutuskan untuk memihak kepada SC dan menolak permohonan rayuan dari AFTAAS dan tiga rakan kongsinya terhadap keputusan AOB mengenakan sekatan penguatkuasaan ke atas firma audit tersebut dan rakan-rakan kongsinya. Keputusan Mahkamah Persekutuan mencerminkan keseriusan pelanggaran dan mengukuhkan keteguhan rangka kerja penguatkuasaan AOB.
SC juga memperoleh keputusan yang memuaskan di Mahkamah Tinggi dalam dua permohonan semakan kehakiman lain yang dikemukakan oleh AFTAAS dan rakan kongsinya. Mahkamah Tinggi membatalkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar tarikh kuatkuasa larangan yang dikenakan ke atas AFTAAS dan rakan kongsinya pada 29 Jun 2022.
Dalam permohonan semakan kehakiman lain yang dikemukakan oleh rakan kongsi AFTAAS terhadap pengenaan kriteria tambahan pendaftaran AOB, Mahkamah Tinggi sekali lagi memutuskan memihak kepada SC dan menolak permohonan semakan kehakiman. Rakan Kongsi AFTAAS sejak itu merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan AOB pada 31 Disember 2022
Antara AFTAAS dan tiga rakan kongsinya dan SC
Mencabar kuasa AOB dan bagaimana AOB menjalankan prosiding penguatkuasaan.
Keputusan
Antara AFTAAS dan rakan kongsinya dan SC
Mencabar pemakluman AOB kepada AFTAAS dan rakan kongsinya mengenai tarikh kuatkuasa larangan.
Antara Datuk Mohd Afrizan Husain dan SC
Mencabar Kriteria Pendaftaran AOB.