Bengkel untuk Membincangkan Penemuan Pemeriksaan Lazim

Pada tahun 2023, AOB bekerjasama dengan MICPA untuk menganjurkan bengkel untuk juruaudit berdaftar AOB untuk membincangkan penemuan lazim yang ditemui semasa pemeriksaan firma audit dan tugasan audit.

Bengkel ini adalah sebahagian daripada siri inisiatif pembinaan kapasiti berterusan yang dijalankan oleh AOB untuk membantu profesion audit.

Sesi ini membantu firma audit dalam meningkatkan kualiti audit dengan menyediakan kes kajian tentang amalan terbaik audit dalam bidang audit utama seperti persampelan dan anggaran perakaunan. Bengkel yang dimudahcara oleh wakil Firma Audit Utama menyediakan ruang kepada juruaudit untuk berkongsi pengalaman mengenai cabaran audit utama.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup