Libat Urus dan Perbincangan tentang Kualiti Audit

Libat urus proaktif dengan pihak berkepentingan utama termasuk juruaudit, penyedia penyata kewangan, jawatankuasa
audit, pelabur dan rakan pengawal selia adalah penting untuk menggalakkan pelaporan kewangan dan amalan audit
berkualiti tinggi. Libat urus ini membantu AOB untuk lebih memahami keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan
ini dan menyelaraskan usaha untuk impak maksimum.

Pembinaan Kapasiti dan Usaha Kerjasama AOB pada tahun 2023

Mengekalkan Konsistensi dalam Pengawasan Audit dalam Kalangan Pengawal Selia

AOB terus melibatkan dirinya di peringkat global dan serantau melalui keahlian dengan Forum Pengawal Selia Audit
Bebas Antarabangsa (IFIAR) dan Kumpulan Pengawal Selia Audit ASEAN (AARG). Perkongsian bersama tentang
pandangan berharga untuk amalan terbaik kawal selia menggalakkan konsistensi yang lebih besardalam pemantauan
audit dalam kalangan rakan pengawal selia audit.

Bengkel tahunan dan mesyuarat pleno IFIAR dan AARG memberi peluang untuk–

  • mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang rejim kawal selia semasa di peringkat global dan serantau;
  • berkongsi teknik pemeriksaan; dan
  • membincangkan penemuan lazim.

Ia juga berfungsi sebagai platform bagi pengawal selia untuk terlibat dengan kepimpinan global dan serantau bagi enam firma Jawatankuasa Dasar Awam Global (GPPC) mengenai isu dan inisiatif kualiti audit.

Sesi IFIAR dan AARG utama diadakan pada tahun 2023

GLOBAL

Bengkel Pemeriksaan ke-17 IFIAR
Bengkel yang dianjurkan oleh PPPK Indonesia ini diadakan di Bali dari 7 hingga 9 Mac 2023. Pegawai pemeriksa AOB menghadiri bengkel ini bersama dengan lebih daripada
45 peserta dari 39 bidang kuasa. Topik yang dibincangkan termasuk:

  • Trend global dan kemungkinan implikasi kepada pengawal selia audit yang timbul daripada pelaporan dan jaminan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)
  • Pendekatan dan cabaran pemeriksaan berhubung dengan ISQM 1 yang baharu
  • Dan pemeriksaan ke atas audit bank dan audit IT.



Mesyuarat Pleno IFIAR 2023
Diadakan di Washington DC dari 25 hingga 27 April 2023, sesi ini dihadiri oleh ahli, pemerhati dan pihak berkepentingan utama lain dari 44 bidang kuasa Ahli IFIAR.
Perbincangan tertumpu pada:

  • Perkembangan utama dan trend baharu muncul dalam industri audit termasuk perkembangan kualiti audit
  • Keperluan yang muncul terhadap pelaporan dan jaminan kemampanan
  • Kebimbangan terhadap daya tarikan profesion

SERANTAU

Bengkel AARG

Bengkel yang dianjurkan oleh ACRA Singapura dari 25 hingga 27 September 2023 ini merupakan bengkel bersemuka yang pertama sejak tahun 2019. Negara ahli AARG (ACRA Singapura, AOB Malaysia, SEC Thailand, PPPK Indonesia dan SEC Filipina) bersama-sama dengan bukan ahli AARG, iaitu Kemboja dan Hong Kong, mengambil peluang ini untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai peraturan audit, pemeriksaan dan penguatkuasaan.
Menggalakkan pengawasan yang berkesan terhadap juruaudit dan proses audit

Jawatankuasa Audit (AC) memainkan peranan penting dalam proses pelaporan kewangan melalui pengawasan
mereka terhadap juruaudit dan proses audit. Pengawasan yang berkesan oleh AC yang kukuh, berpengetahuan dan
bebas adalah penting untuk meningkatkan kualiti audit.

Perbincangan AOB dengan AC ialah platform untuk berkongsi aktiviti pengawasan dan pemerhatian AOB terhadap kualiti audit. Sesi ini meliputi implikasi pelaporan kewangan bagi perkara berkaitan iklim. Terdapat perbincangan mengenai pendedahan risiko berkaitan iklim dan kesan yang berpotensi ke atas penyata kewangan PLC. Contoh kesan yang berpotensi kepada penyata kewangan industri tertentu seperti perbankan, pertanian dan hartanah, juga dikongsi dengan AC. AC digesa untuk memastikan bahawa terdapat struktur tadbir urus yang mencukupi untuk memantau perkara berkaitan iklim dan melibatkan pihak pengurusan dan juruaudit tepat pada masanya.
Pada November 2023, AOB Alert pertama untuk AC telah dikeluarkan. Matlamat AOB Alert ini adalah untuk –

  • menyediakan maklumat terkini tentang usaha AOB untuk menggalakkan kualiti audit dan pembangunan utama yang menjejaskan ekosistem pelaporan kewangan; dan
  • memudahkan AC untuk mengadakan perbincangan yang bermakna dengan pihak berkepentingan utama.

Perbincangan AOB dengan AC dan AOB Alert dibuat untuk memastikan bahawa AC dimaklumkan dengan secukupnya mengenai maklumat yang berkaitan untuk melaksanakan tanggungjawab pengawasan mereka dengan berkesan.

Baca AOB Alert di https://www.sc.com.my/aob/aob-alert
Libat urus dengan Kepimpinan Firma Audit
Libat urus dengan kepimpinan firma audit berdaftar AOB membolehkan AOB menyokong kerja audit yang berkualiti.
Libat urus ini menyediakan platform untuk AOB mendengar pandangan dan cabaran yang dihadapi oleh juruaudit dan memutuskan sama ada campur tangan kawal selia diperlukan. Bidang perbincangan termasuk penemuan pemeriksaan lazim, pemerhatian dan kemas kini peraturan.
Mendapatkan Pandangan daripada Pelabur dan Pihak Berkepentingan Lain
Selain menjadi ahli IFIAR, AOB juga berada dalam Kumpulan Kerja Pelabur dan Pihak Berkepentingan Lain (IOSWG) IFIAR.
Penglibatan dalam IOSWG memberikan AOB cara untuk memahami jangkaaan pelabur dan pihak berkepentingan lain terhadap juruaudit dan pengawal selia audit.

AOB telah memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan daripada bidang kuasa lain mengenai perkara yang berkaitan
dengan perlindungan pelabur dan meningkatkan kualiti audit. Awal tahun laporan ini, sebagai sebahagian daripada
perundingan IOSWG, AOB mendapatkan maklum balas mengenai andaian pihak berkepentingan untuk sebab di sebalik kegagalan audit. Maklum balas ini akan membantu IOSWG untuk mereka bentuk aktiviti untuk meningkatkan kualiti audit.

Sehubungan itu, penglibatan sulungnya dengan ahli Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IICM) telah diadakan pada 23
November 2023 untuk mendapatkan pandangan daripada kumpulan pelabur tentang perkara berkaitan juruaudit dan kualiti audit.

Sesi ini dihadiri wakil beberapa pelabur institusi terbesar di Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Tabung Haji.
Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup