TPengawasan AOB ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual dilakukan melalui pendaftaran, pemeriksaan dan
fungsi penguatkuasaan.
AOB telah mendaftar dan mengiktiraf 41 firma audit dan 387 juruaudit individu yang berdaftar dan diiktiraf.
Jadual di bawah menyediakan pecahan bilangan pelanggan audit PIE dan kumpulan wang jadual kepada juruaudit
berdaftar dan diiktiraf.
Profile firma audit | Bil. firma Audit | Bil. juruaudit individu | Bil. Pelanggan Audit PIE | % Jumlah permodalan pasaran | Bil. pelanggan audit kumpulan wang jadual | % jumlah nilai aset bersih |
---|---|---|---|---|---|---|
Firma audit berdaftar | ||||||
Perkongsian dengan 10 dan lebih rakan kongsi audit | 11 | 263 | 1,027 | 95.6% | 1,293 | 98.5% |
Perkongsian dengan 5 - 9 dan lebih rakan kongsi audit | 17 | 84 | 187 | 4.0% | 45 | 1.5% |
Perkongsian dengan kurang daripada 5 rakan kongsi audit | 9 | 27 | 37 | 0.3% | 1 | - |
Jumlah kecil | 37 | 374 | 1,251 | 99.9% | 1,339 | 100% |
Firma audit asing yang diiktiraf | 4 | 13 | 5 | 0.1 | - | - |
JUMLAH | 41 | 387 | 1,256 | 100% | 1,339 | 100.0% |
Sumber: AOB
Carta 1 menggambarkan lebih lanjut bilangan firma audit dan juruaudit individu yang berdaftar dengan AOB serta bilangan PIE yang diaudit untuk lima tahun yang terakhir. Bilangan juruaudit berdaftar AOB meningkat 15.1% sepanjang tahun. Perkara ini merupakan trend positif yang menunjukkan komitmen berterusan oleh firma-firma audit untuk membina kapasiti.
Pada masa ini, empat firma audit yang diiktiraf adalah dari Singapura, UK dan Hong Kong. Firma audit yang diiktiraf
mestilah firma dari rangkaian gabungan antarabangsa, dengan sokongan teknikal yang berkesan dan kawalan kualiti
yang mantap daripada rangkaian yang kukuh. AOB bergantung kepada rangka kerja pengawasan bidang kuasa asal
juruaudit yang diiktiraf untuk menentukan sama ada mereka sesuai dan layak untuk mengaudit PIE. Firma audit perlu
mematuhi piawaian pengurusan kualiti antarabangsa, pengauditan, etika dan jaminan lain. Selanjutnya, mereka perlu
tertakluk kepada pemeriksaan berkala oleh pengawal selia audit asal mereka.