Memperkukuh Kemampanan dan Daya Saing Pasaran Modal

Pembentukan dan mobilisasi modal yang berkesan terus menjadi pendorong utama dalam memperkukuh kestabilan dan daya saing pasaran modal Malaysia. Seiring dengan objektif ini, SC melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan yang merangkumi kedua-dua pasaran alternatif dan tradisional. Khususnya, inisiatif ini menjurus ke arah memudahkan saluran pengumpulan dana yang lebih besar, terutamanya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC) serta mengukuhkan keseluruhan ekosistem pelaburan. Inisiatif utama termasuk pembentukan libat urus dengan agensi kerajaan yang lain, memperkenalkan produk yang inovatif menyepadukan pemain baharu ke dalam ekosistem pasaran dan akan membangunkan saluran bakat yang berkaitan.

Selain itu, SC terus memacu agenda kemampanan dan tadbir urus korporat, memperluas dan mengembangkan pasaran modal Islam, serta memperkukuh industri pengurusan dana. SC juga berusaha untuk memupuk pasaran derivatif yang kompetitif dan menerima inovasi untuk pertumbuhan yang lebih besar. Di peringkat global, SC bertujuan untuk meningkatkan profil antarabangsa pasaran modal Malaysia dan rangka kerja pengawalseliaannya.

Selaras dengan keperluan pasaran yang berkembang dan kemajuan digital, pasaran modal terus memperluas peranannya dalam membiayai usaha perniagaan, mencipta pekerjaan, meluaskan pemilikan aset, dan menghasilkan pulangan daripada simpanan jangka panjang.

SC tetap komited untuk menetapkan arah strategiknya demi memperluaskan capaian dan tawaran nilai, dengan matlamat mendorong pasaran modal Islam (ICM) yang lebih inklusif dan meluas.

Sektor pengurusan dana merupakan penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia, berperanan sebagai batu penjuru bagi peruntukan modal yang cekap kepada sumber daya produktif dan memupuk penumpukan kekayaan bagi pelabur.

Dalam usahanya untuk membangunkan pasaran derivatif yang inklusif dan berdaya saing, SC telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk pengenalan dagangan saham pecahan, kontrak niaga hadapan mata wang Mini Dolar Amerika dan Renminbi China (FCNH), dan kontrak hadapan minyak soya.

Pada tahun 2023, SC terus memperkenalkan langkah selanjutnya untuk meningkatkan daya tarikan pasaran modal ekuiti dengan pengenalan proses pemindahan dipercepatkan baharu ke Pasaran Utama dan mengambil langkah untuk melindungi kepentingan pelabur berhubung dengan tawaran oleh pasaran awam tidak tersenarai (UPC).

Kemajuan teknologi dan perubahan tingkah laku pengguna terus membentuk pasaran modal. Semakin hari, pengguna memerlukan lebih banyak data untuk membuat keputusan, pengalaman pelaburan yang disesuaikan dan lebih banyak pilihan pelaburan, termasuk aset alternatif melalui saluran digital.

SC kekal komited untuk memupuk inovasi dan kemajuan teknologi dalam pasaran modal Malaysia untuk menangani peningkatan permintaan untuk perkhidmatan digital dan dalam talian.

Revolusi digital telah membawa kepada era baharu yang ditandai dengan keterhubungan, kemudahan dan inovasi.

SRI terus menjadi salah satu keutamaan bagi pembangunan pasaran modal Malaysia. Pada 2023, SC memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mengukuhkan pembangunan ekosistem SRI yang memudahcarakan, termasuk memenuhi keperluan kewangan peralihan negara.

SC sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) untuk memastikan undang-undang sekuriti kekal sesuai untuk tujuannya.

Menyedari kepentingan pertumbuhan modal insan dalam pasaran modal, SC terus meningkatkan bekalan bakat dalam pasaran modal.

Selain daripada membangunkan pasaran modal domestik, SC terus menyumbang ke arah pembangunan pasaran modal di peringkat global dan serantau.

Pautan berkaitan
 Siaran Akhbar | Garis Panduan | Amaran Pelabur  | Perlesenan | Laporan Tahunan AOB 2023
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup