Walaupun terdapat perkembangan dalam pasaran kewangan global berikutan harga tenaga yang lebih rendah dan kadar pengetatan monetari yang lebih perlahan, pasaran modal kekal sensitif terhadap potensi kemerosotan dalam asas ekonomi seperti inflasi teras yang terus meningkat dan ketegangan geopolitik yang berlarutan.
Pada 2023, pengumpulan dana ekuiti terus didaftarkan dengan bilangan permohonan tinggi yang telah dikemukakan kepada SC, berbanding 2022. Daripada 22 permohonan ekuiti yang diterima SC pada 2023, sembilan daripadanya adalah untuk tawaran awam awal (IPO).
Pada tahun 2023, SC telah mempertimbangkan sejumlah 658 permohonan berkenaan skim pelaburan kolektif (CIS) dan skim persaraan swasta (PRS), merangkumi permohonan berkenaan penubuhan dana baharu, pendaftaran prospektus dan dokumen penzahiran, pendaftaran surat ikatan dan perkara sampingan lain.
SC memastikan bahawa hanya individu yang layak dan wajar dilesenkan atau didaftarkan untuk menjalankan aktiviti pasaran modal. Penilaian menyeluruh bagi setiap permohonan akan dibuat sebelum kelulusannya termasuk menjalankan pemeriksaan yang tidak memberangsangkan dengan pengawal selia dan pihak berkuasa lain (Jadual 13 dan Jadual 16).
SC menjalankan pemantauan proaktif merentasi pelbagai segmen pasaran di bawah bidang kuasanya untuk mengesan potensi salah laku dan mengenal pasti kelemahan yang membolehkan risiko baru muncul dicegah melalui libat urus dan intervensi awal.
Di samping rejim pemberian kebenarannya untuk entiti pasaran modal berlesen dan berdaftar, SC juga menjalankan program penyeliaan komprehensif merentas spektrum entiti kawal seliaannya untuk memupuk pematuhan berterusan dan membolehkan penilaian menyeluruh terhadap risiko dan kerentanan yang baru muncul.
Untuk mendukung perlindungan pelabur, SC mempunyai proses yang mantap, sistem dan sumber khusus untuk mengurus semua aduan dan pertanyaan yang diterima daripada orang ramai.
SC menggunakan pelbagai instrumen penguatkuasaan untuk menanggani pelanggaran undang-undang sekuriti, untuk memupuk tatalaku yang baik dan tingkah laku yang berlandaskan undang-undang dalam kalangan peserta pasaran modal serta memastikan pencegahan yang dipercayai.