Sejajar dengan keperluan pasaran yang semakin berkembang dan dalam kemajuan digital, selain memacu pertumbuhan yang mampan, pasaran modal terus mengembangkan peranannya dalam membiayai usaha niaga, mencipta pekerjaan, dan memacu perubahan sosial yang memberi kesan. Dalam aspek ini, SC telah memudahkan pelbagai langkah melalui penyediaan inisiatif pasaran modal yang inovatif dan usaha kolaboratif dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Merangsang Akses PMKS dan MTC kepada Pasaran Modal: Pelan Hala Tuju 5 Tahun (2024-2028) (Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC)
Walaupun PMKS secara tradisinya menjadi tumpuan utama dasar ekonomi negara, MTC dilihat sebagai satu bahagian ‘pertengahan yang hilang’. Rancangan dan rangka tindakan kerajaan untuk pembangunan PMKS memainkan peranan penting dalam keseluruhan agenda negara – ini termasuk rangka kerja Ekonomi MADANI terkini, yang mengukuhkan komitmen kerajaan dalam menyokong transformasi PMKS tempatan. Walau bagaimanapun, MTC belum menerima tahap perhatian yang setara. Kajian bersama oleh SC dan Institut Penyelidikan Pasaran Modal Malaysia (ICMR)1 pada tahun 2024 menyatakan bahawa MTC adalah seumpama ‘pertengahan yang hilang’, secara umumnya terlalu besar untuk layak mendapat bantuan kerajaan yang disasarkan kepada PMKS, tetapi tidak mempunyai skala dan keupayaan syarikat tersenarai yang lebih besar. Walau bagaimanapun, segmen MTC mewakili potensi yang belum diterokai, kerana ia secara umumnya sesuai untuk mendapatkan pembiayaan daripada sumber berasaskan pasaran.
Berlatarbelakangkan keadaan ini, SC melancarkan Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC. Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC telah dilancarkan pada 23 Mei 2024 oleh Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, diwakili oleh Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC bertujuan untuk meletakkan pasaran modal dengan lebih baik sebagai sumber pembiayaan yang menarik dan kukuh untuk PMKS dan MTC. Walaupun PMKS dan MTC secara tradisinya bergantung kepada pembiayaan bank, terdapat banyak potensi untuk pasaran modal memainkan peranan yang lebih besar, mempelbagaikan sumber pembiayaan PMKS dan MTC sambil mengecilkan jurang pembiayaan yang wujud. Di samping itu, kemasukan firma dari pelbagai saiz menandakan pasaran modal yang mendalam dan pelbagai, berpotensi menarik bekalan modal domestik dan asing yang lebih besar. Dengan itu, meletakkan Malaysia sebagai destinasi pengumpulan dana pilihan untuk PMKS dan MTC di rantau ini.
Sasaran keseluruhan yang hendak dicapai oleh Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC adalah kira-kira 28,000 PMKS, MTC, dan syarikat pemula yang mempunyai kesan ekonomi besar serta berpotensi tinggi untuk mengumpul dana dalam pasaran modal. Lima prinsip panduan membentuk asas dasar bagi sembilan strategi bersepadu serta 36 inisiatif. Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC, yang berteraskan tiga pendekatan utama, iaitu (1) kawal selia dan inovasi produk; (2) infrastruktur pasaran; dan (3) pembinaan kapasiti. Pada tahun pertamanya, satu pertiga daripada 36 inisiatif Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC telah dilaksanakan.
Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC disokong oleh Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi (MOE), dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Dalam memastikan pendekatan holistik dan diselaraskan, Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC juga diselaraskan dengan pelbagai aspek agenda nasional termasuk rangka kerja Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia 2024-2030 (MVCR) dan Pelan Induk Pasaran Modal 3 (CMP3) SC.
Hasil utama yang dihasratkan di bawah Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC ialah jumlah dana sebanyak RM40 bilion yang disasarkan untuk dikumpulkan melalui pasaran modal menjelang tahun 2028. Objektif ini akan dicapai melalui pengenalan rangka kerja baharu, pembangunan infrastruktur pasaran, dan pelaksanaan program pembinaan kapasiti untuk membina saluran rangkaian yang kukuh bagi PMKS dan MTC ke dalam pasaran modal. Sasaran RM40 bilion memerlukan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) kira-kira 46%. Pada tahun 2023, sebanyak RM6.3 bilion telah dikumpul melalui saluran pasaran modal PMKS dan MTC, iaitu Pasaran ACE, Pasaran LEAP, VC, PE, ECF dan pembiayaan P2P.
Kejayaan Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC memerlukan kerjasama erat antara pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kementerian kerajaan yang berkaitan, agensi awam, dan sektor swasta merentasi pelbagai strategi serta inisiatif bersepadu. Sehingga tahun 2024, beberapa kerjasama telah dimulakan, termasuk bersama pasukan Program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) MOF, serta melalui pemeteraian MOU dengan SME Corporation Malaysia, Khazanah Nasional, dan Credit Guarantee Corporation Malaysia. SC akan terus menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak lain bagi memastikan kejayaan Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC.
Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC penuh boleh didapati di laman web SC di sini.
Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability
Enhanced Risk Governance Framework
In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.
The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).
Intensified surveillance
The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points.
In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.
Thematic assessments
The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market.
The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.
Joint regulatory discussions
In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.
Monitoring of various components of the capital market
The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.