Memupuk Saluran Bakat Mampan dalam Pasaran Modal

SC menyokong pendekatan proaktif untuk memupuk bakat yang bukan sahaja memenuhi permintaan semasa tetapi juga jangkaan cabaran masa depan dalam pasaran modal. Strategi dan inisiatif memberi tumpuan kepada mengenal pasti keperluan bakat masa depan, memupuk kepelbagaian dan keterangkuman serta meningkatkan perkongsian pendidikan.

investED

Dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2023, Program Kepimpinan investED membantu memastikan saluran bakat yang mampan dalam memenuhi keperluan pasaran modal Malaysia yang semakin berkembang.

Inisiatif yang diterajui SC ini merupakan kerjasama pertama antara SC, MOF, KPT, industri pasaran modal dan universiti. Program Kepimpinan investED terbuka kepada graduan Malaysia dari semua disiplin. Kohort pertama daripada 169 calon telah menamatkan pengajian pada Februari 2024 dengan lebih daripada 65% daripada mereka ditawarkan jawatan dengan organisasi hos masing-masing.

Kohort kedua Program Kepimpinan investED yang bermula pada 1 Ogos 2024, dengan para pelatih memulakan kelas latihan komprehensif selama sebulan
di Asia School of Business (ASB). Seterusnya diikuti dengan pengalaman bekerja selama enam bulan dengan rakan kongsi industri terkemuka, bermula 1 September 2024.

Kohort kedua menyaksikan 1,271 permohonan, yang mana 305 pemohon telah disenarai pendek untuk temu duga. Pada akhir kitaran perekrutan, 268 tawaran telah dibuat dan pada 1 Ogos 2024, 199 pelatih telah melapor diri untuk latihan kelas komprehensif selama sebulan di ASB. Kebanyakan pelatih yang berjaya diambil untuk kohort kedua adalah dalam jurusan Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan dan Data dan Teknologi Maklumat.

Pada tahun 2024, program investED telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai organisasi termasuk bank pelaburan, firma broker saham, syarikat pengurusan dana, platform ECF, khidmat nasihat dan firma audit. Sebanyak 47 organisasi menjadi hos kepada pelatih investED.

Sejak penubuhannya sehingga akhir 2024, investED juga telah membuat libat urus dengan 110,668 pelajar universiti melalui 13 pameran kerjaya dan 47 ceramah kerjaya di seluruh negara. Ia merancang untuk membuat libat urus dengan lebih ramai pelajar, universiti dan firma rakan kongsi pada tahun 2025 dengan aspirasi untuk menjadi hos kepada 200 pelatih.

FIKRA ACE

SC telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan ekosistem ICM, salah satunya adalah program pemecut fintech Islam SC, ‘FIKRA’ yang dilancarkan pada tahun 2021. Berikutan itu, SC menganjurkan FIKRA ACE, sebuah inisiatif tiga tahun yang bertujuan untuk meningkatkan ekosistem ICM dengan memudahkan pembangunan fintech Islam melalui pendekatan yang berstruktur. FIKRA ACE adalah program fintech Islam yang terdiri daripada berikut:

  • Accelerator – Program yang menyokong syarikat pemula dalam membangunkan penyelesaian fintech patuh Syariah.
  • Circle – Forum rangkaian untuk menghubungkan inovator fintech, profesional kewangan Islam dan peserta ekosistem lain.
  • Excel – Initiatif kerjasama yang memfokuskan kepada pembinaan kapasiti melalui perkongsian dengan universiti dan institusi penyelidikan.

FIKRA ACE bertujuan untuk memupuk inovasi, bakat dan membina kapasiti untuk menyediakan pemangkin selanjutnya dalam mengembangkan dan meluaskan penawaran pasaran modal Islam untuk pertumbuhan yang berterusan. Ia juga mencerminkan komitmen SC untuk memperkukuh fintech Islam dalam ekosistem pasaran modal Islam dan meningkatkan proposisi nilai kewangan Islam yang menjadi lebih cekap dengan kemunculan teknologi, seperti mobilisasi kekayaan kepada segmen yang kurang mendapat liputan

FIKRA ACE Accelerator

FIKRA ACE Accelerator Kohort 2024 telah dilancarkan pada Julai 2024. Program ini termasuk lapan minggu latihan intensif yang merangkumi bimbingan, sokongan akses pasaran, dan bimbingan kawal selia, dengan rakan kongsi seperti NEXEA, MDEC, dan Bank Pembangunan Islam menyumbang kepada kejayaan kohort.

SC menerima 828 permohonan dan 126 penyerahan daripada syarikat pemula fintech tempatan dan antarabangsa. Daripada itu, 24 syarikat pemula yang menawarkan pelbagai penyelesaian telah dipilih sebagai peserta FIKRA ACE Accelerator Kohort 2024 dengan 10 finalis telah dipilih untuk mempamerkan inovasi mereka pada Sidang Kemuncak Fintech SCxSC pada Oktober 2024.

FIKRA ACE Circle

SC bekerjasama dengan Islamic Finance News dan Malaysia Digital Economy Corporation untuk menganjurkan Meja Bulat FIKRAtech di London pada 4 September 2024.

Acara itu bertujuan untuk merangsang perbincangan, perkongsian pengalaman, dan penerokaan idea dan penyelesaian untuk memajukan pasaran modal Islam melalui teknologi kewangan. Ia dihadiri kira-kira 40 peserta dari ekosistem fintech di Malaysia dan UK. Bidang perbincangan merangkumi penerapan Maqasid al-Syariah dan cabaran dalam mendapatkan akses kepada modal untuk syarikat pemula fintech serta pendekatan evolusi berbanding pendekatan revolusi dalam mengembangkan fintech Islam.

FIKRA ACE Excel

SC bekerjasama dengan Persatuan Pelajar Sains Komputer Universiti Sains Malaysia untuk menganjurkan Varsity Hackathon (VHACK). VHACK, merupakan acara sulung FIKRA ACE Excel dan berhasrat untuk mengembangkan saluran bakat fintech, merangsang kreativiti dan pemikiran kritis pelajar, dan membangunkan kemahiran digital dalam kalangan pelajar dan profesional muda khususnya dalam bidang fintech Islam.

Program yang dilancarkan pada Februari 2024 ini mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih 900 permohonan daripada 90 institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Pada hari pembentangan terakhir yang diadakan di USM, Pulau Pinang, 10 pasukan daripada pelbagai universiti awam dan swasta telah dinobatkan sebagai pemenang.

Pemenang dan peserta mempamerkan keupayaan mereka mengintegrasikan pengetahuan teknikal ke dalam aplikasi kehidupan sebenar yang didorong oleh teknologi. Penyelesaian yang dicadangkan merangkumi platform pendidikan interaktif, aplikasi pengurusan pelaburan dan hutang untuk meningkatkan literasi kewangan, serta penyelesaian pengurusan tanaman berasaskan teknologi.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup