Perutusan Pengerusi

Kemajuan yang membanggakan ini, bersama langkah-langkah yang diperkenalkan sepanjang 2024, mencerminkan pendekatan SC yang telah lama diamalkan dalam terus menjalankan libat urus dengan industri dan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama. Langkah ini membantu memupuk kepercayaan
dalam kerja pengawalseliaan dan pembangunan kita serta menggalakkan keyakinan pelabur dalam pasaran
modal Malaysia.

Dengan penuh penghormatan, saya selaku Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membentangkan Laporan Tahunan SC bagi tahun 2024.

Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan untuk organisasi yang dihormati ini. Saya mula menyandang jawatan Pengerusi pada pertengahan Jun, menggantikan Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin. Sumbangan beliau yang tidak ternilai telah meletakkan asas yang kukuh bagi beberapa inisiatif dan pencapaian yang dinyatakan dalam laporan ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri atas kepimpinan teladan beliau, khususnya dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memastikan kemampanan kewangan SC serta pengenalan skim pembelian habis secara sukarela bagi faedah perubatan selepas tamat perkhidmatan.

Kemajuan yang membanggakan ini, bersama langkah-langkah yang diperkenalkan sepanjang 2024, mencerminkan pendekatan SC yang telah lama diamalkan dalam terus menjalankan libat urus dengan industri dan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama. Langkah ini membantu memupuk kepercayaan dalam kerja pengawalseliaan dan pembangunan kita serta menggalakkan keyakinan pelabur dalam pasaran modal Malaysia.

Asas-asas yang kukuh ini pastinya membantu tugas saya untuk memacu SC ke hadapan.
Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup