PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA

Pada tahun 2024, SC meneruskan misinya untuk menggalakkan pasaran modal yang adil, cekap, terjamin dan telus melalui rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif merangkumi penggubalan peraturan, pemantauan dan penguatkuasaan. Bahagian ini memberikan tinjauan ringkas tentang inisiatif dan hasil pengawalseliaan utama SC untuk tahun laporan, menggariskan komitmennya ke arah mengekalkan integriti pasaran dan melindungi kepentingan pelabur.

Pada 2024, pasaran kewangan global mengalami ketidaktentuan dalam beberapa segmen disebabkan oleh ketidakpastian dalam pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan, tekanan inflasi yang berterusan, ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, serta pilihan raya presiden AS.

Pada tahun 2024, SC menerima 20 permohonan ekuiti, 12 daripadanya adalah untuk tawaran awam awal (IPO), termasuk dua cadangan penyenaraian sekunder di Pasaran Utama.

Pada tahun 2024, SC mempertimbangkan sejumlah 306 permohonan berkaitan CIS dan PRS, yang terdiri daripada permohonan untuk menubuhkan dana baharu, mendaftar prospektus dan dokumen penzahiran, mendaftar surat ikatan dan perkara sampingan lain.

SC berpegang teguh dalam komitmennya untuk memastikan bahawa hanya individu dan entiti yang memenuhi standard yang sesuai dan wajar diberikan lesen atau pendaftaran untuk beroperasi dalam pasaran modal.

Integriti pasaran modal adalah penting untuk memupuk keyakinan pelabur dan memastikan kestabilan sistem kewangan. Dalam konteks ini, SC memainkan peranan penting dalam memantau tatalaku syarikat awam tersenarai (PLC), dengan tujuan untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan sekuriti, seterusnya melindungi kepentingan pelabur.

Pada tahun 2024, SC memerhatikan pergantungan yang semakin meningkat pada teknologi baru muncul, seperti blockchain, cloud, kecerdasan buatan (AI), dan internet of things (IoT), untuk meningkatkan kecekapan, automasi dan pembuatan keputusan berasaskan data. Walaupun kemajuan teknologi ini menawarkan faedah yang ketara, ia juga memperkenalkan risiko dan cabaran baharu.

SC melaporkan peningkatan ketara dalam jumlah keseluruhan aduan dan pertanyaan yang diterima pada tahun 2024 berbanding tahun-tahun sebelumnya, menunjukkan trend peningkatan yang konsisten sepanjang tahun.

Keutamaan penguatkuasaan SC telah diperkenalkan pada 2020 yang mengenal pasti pelanggaran penzahiran, penipuan sekuriti dan aktiviti tidak berlesen. Sejak itu, keutamaan penguatkuasaan telah disemak setiap tahun antara 2020 hingga 2023, dan berkuat kuasa pada 2024. SC membangunkan keutamaan penguatkuasaan selama tiga tahun ini yang turut memperkenalkan salah laku korporat sebagai tambahan dalam keutamaan penguatkuasaan

Rangka kerja Penilaian Skop Berfokus (FSA), yang dilancarkan pada tahun 2024, merupakan satu kemajuan penting dalam meningkatkan kecekapan operasi dan memenuhi piawaian pasaran modal Malaysia yang semakin berkembang.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup