Pada 2024, pasaran kewangan global mengalami ketidaktentuan dalam beberapa segmen disebabkan oleh ketidakpastian dalam pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan, tekanan inflasi yang berterusan, ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, serta pilihan raya presiden AS. Walaupun terdapat beberapa penstabilan dalam harga tenaga, pasaran modal kekal sensitif terhadap peralihan dalam asas ekonomi, termasuk kesan jangkaan dasar monetari global dan ketidaktentuan sekitar pertumbuhan ekonomi global. Berdasarkan latar belakang ini, SC secara proaktif mengenal pasti dan mengurus potensi risiko penurunan yang berpotensi menjejaskan kestabilan sistemik pasaran modal Malaysia.
Tahun ini, SC telah mengukuhkan rangka kerja tadbir urus risiko seluruh organisasinya untuk membolehkan pendekatan yang lebih tersusun dalam mengurus risiko sistemik. Untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemantauan risiko dan proses membuat keputusan, SC telah menyatukan dua jawatankuasa risikonya – Jawatankuasa Pemantauan Risiko Sistemik (SROC) dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Eksekutif (ERMC) – menjadi satu jawatankuasa yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC). Mesyuarat RMC kerap diadakan untuk menangani kebimbangan risiko yang mungkin timbul daripada pelbagai segmen pasaran modal yang boleh menyumbang kepada peningkatan risiko sistemik. RMC disokong oleh Jawatankuasa Risiko Pasaran (MRC) dan Jawatankuasa Risiko Teknologi dan Keselamatan Siber (TCRC) (Rajah 1).
Nota:
RMC mewakili penyatuan dua jawatankuasa, sebelum ini dikenali sebagai SROC dan ERMC
Dalam menjalankan peranan pengurusan risiko sistemik, SC secara aktif memantau pelbagai komponen pasaran modal, termasuk pasaran ekuiti dan bon domestik, aliran dana asing dan aktiviti dagangan untuk mengenal pasti sebarang potensi titik tekanan. Pada tahun 2024, SC memperdalam lagi usaha
pengurusan risiko sistemiknya dengan menjalankan kajian tematik mendalam mengenai perkembangan utama, termasuk kesan kitaran pilihan raya global, risiko dan kelemahan berkaitan China, dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah. SC juga bekerjasama rapat dengan badan pengawal selia lain, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), untuk mengenal pasti dan membincangkan kebimbangan risiko sistemik yang berpotensi memberi kesan kepada pasaran modal Malaysia. Isu utama yang dibincangkan semasa penglibatan ini termasuk tinjauan dasar monetari global, pergerakan mata wang dan isu risiko yang muncul seperti risiko alam sekitar, sosial dan
tadbir urus (ESG) serta ancaman serangan siber yang semakin meningkat. Perbincangan ini memudahkan tindak balas antara agensi yang lebih tepat pada masanya dan diselaraskan apabila perlu, seterusnya meningkatkan daya tahan keseluruhan sistem kewangan.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pengurusan risiko sistemik secara proaktif, SC telah menerbitkan Tinjauan Kestabilan Pasaran Modal ketiganya pada suku pertama 2025. Penerbitan ini akan memberikan penilaian menyeluruh tentang landskap risiko dalam pasaran modal Malaysia, menggariskan pemacu utama risiko sistemik dan menawarkan pandangan untuk membimbing pihak berkepentingan dalam menangani keadaan pasaran yang berkembang.
Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability
Enhanced Risk Governance Framework
In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.
The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).
Intensified surveillance
The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points.
In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.
Thematic assessments
The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market.
The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.
Joint regulatory discussions
In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.
Monitoring of various components of the capital market
The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.