Libat Urus Strategik

Pembangunan berterusan pasaran modal Malaysia merupakan usaha yang bergantung kepada kerjasama erat dan sinergi antara pelbagai pihak berkepentingan. Selaras dengan semangat ini, SC kekal teguh pada tahun 2025 dalam komitmennya terhadap libat urus strategik dan inklusif bersama pihak berkepentingan, bagi memastikan dasar yang dirumus dan inisiatif pembangunan yang dilaksanakan mengambil kira keperluan serta perspektif yang pelbagai.

SC telah memperkukuh libat urus secara meluas dengan pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia dan peringkat antarabangsa, termasuk peserta pasaran, perantara kewangan, pihak berkuasa kawal selia, agensi kerajaan, pelabur, pihak akademia dan media. Berpandukan proses pemetaan pihak berkepentingan yang berstruktur, SC terus mengamalkan pendekatan yang bersifat fasilitatif dan responsif dalam menangani perkembangan serta cabaran pasaran. Libat urus dilaksanakan melalui sesi rundingan, dialog, taklimat dan forum, bagi memastikan komunikasi dan kerjasama yang konsisten. Usaha ini berteraskan keyakinan bahawa pengawalseliaan yang fasilitatif dan berkesan lahir daripada pemahaman mendalam terhadap industri serta tanggungjawab bersama dalam ekosistem.

Sepanjang tahun 2025, SC telah melaksanakan beberapa inisiatif utama bagi memperkukuh daya tahan pasaran, inovasi dan pemerkasaan pelabur. Melalui libat urus ini, SC mengukuhkan peranannya sebagai pengawal selia yang proaktif dan kolaboratif, komited untuk membangunkan pasaran modal yang adil, cekap dan telus, selaras dengan aspirasi pertumbuhan jangka panjang Malaysia yang mampan dan inklusif.

SC terus membangunkan ekosistem yang fasilitatif dan inklusif bagi pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia melalui inovasi digital, pengukuhan tadbir urus serta kerjasama rapat dengan pihak berkepentingan industri. 

SC terus memperkukuh ekosistem tadbir urus Pasaran Modal Islam (ICM) Malaysia melalui wacana Syariah gunaan dan pementoran. Inisiatif-inisiatif ini mengukuhkan peranan SC sebagai pemudah cara dan penjaga amalan pasaran berprinsip yang selari dengan Maqasid.

Dengan pelancaran SEPP25, SC telah menganjurkan lima sesi perkongsian pengetahuan untuk komuniti NPO yang lebih luas.

Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) telah memperuntukkan sebuah dana advokasi bagi menampung kos pelaksanaan inisiatif jangkauan dan advokasi oleh pengendali platform pembiayaan pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P).

SC terus menzahirkan komitmennya terhadap pembentukan dasar kawal selia global dan penetapan piawaian antarabangsa melalui penglibatan aktif dalam Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO), badan penetap piawaian antarabangsa utama bagi pengawalseliaan sekuriti. 

Memasuki tahun keduanya, Batik Lestari terus menjadi inisiatif strategik untuk mengangkat batik Malaysia melalui pendekatan berasaskan kemampanan, selaras dengan Pengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia. 

Pada tahun 2025, Suruhanjaya Sekuriti (SC) terus memperkasa para pelabur melalui inisiatif InvestSmart®, bagi membolehkan rakyat Malaysia membuat keputusan pelaburan yang termaklum dan yakin. 

Berasaskan Rancangan Perniagaan selama tiga tahun bagi 2023–2025, SC telah menganjurkan sesi townhall pada 17 April 2025 bagi memaklumkan warga kerja SC mengenai perkembangan utama organisasi dan keutamaan bagi tahun terakhir pelan tersebut. 

Pada tahun 2025, SC mengekalkan tahap penglibatan media yang tinggi, dengan menekankan autoriti teknikal dan kepimpinan pemikiran dalam tema pengawalseliaan dan pembangunan utama. 

Apabila terfikir tentang ASEAN, pelbagai gambaran mungkin terlintas di fikiran, seperti keharuman rempah ratus di pasar malam yang meriah di Thailand, keindahan pantai di Filipina, atau bunga terbesar di dunia, Rafflesia, yang mekar di Malaysia. 

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup