Ekosistem Fasilitatif dan Inklusif


SC terus membangunkan ekosistem yang fasilitatif dan inklusif bagi pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia melalui inovasi digital, pengukuhan tadbir urus serta kerjasama rapat dengan pihak berkepentingan industri. Pada tahun 2025, SC meneroka penggunaan blok rantai (blockchain) dan tokenisasi bagi mempertingkat infrastruktur pasaran, meluaskan akses serta mengekalkan piawaian pengawalseliaan dan perlindungan pelabur yang kukuh.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, SC dan Khazanah Nasional mengumumkan ‘Bond Pilot’ untuk mentokenkan bon dan sukuk, sebagai penerokaan awal terhadap teknologi blok rantai dalam menyokong proses pasaran bon yang lebih telus, cekap dan berskala. Bond Pilot bertujuan bertujuan untuk memberikan pandangan operasi mengenai peluang dan cabaran dalam mengaplikasikan penyelesaian rantaian blok merentasi kitaran hayat bon.

Bagi menyokong kesiapsiagaan ekosistem, SC menjalinkan libat urus secara rapat dengan pihak berkepentingan industri sepanjang tahun. Sesi meja bulat telah diadakan pada bulan Jun dan Julai bersama bank pelaburan dan perantara pasaran lain untuk mendapatkan maklum balas mengenai rangka kerja pengawalseliaan bon korporat dan sukuk SC. Perbincangan memberi tumpuan kepada penambahbaikan saluran pengedaran, pengukuhan tadbir urus dan perlindungan pelabur serta menangani kekangan akses bagi menggalakkan penyertaan runcit yang lebih meluas dalam pasaran.

Usaha pembinaan keupayaan turut diperkukuh melalui Bengkel Tokenisasi Bon anjuran SC pada 7 Ogos 2025. Bengkel separuh hari ini menghimpunkan 133 peserta daripada badan kawal selia, penerbit, perantara dan penyedia teknologi. Sesi‑sesi ini menggariskan pendekatan pengawalseliaan Malaysia, memperkenalkan asas teknologi blok rantai serta menyorot pengalaman antarabangsa dalam penerbitan bon digital.

Kerjasama serantau turut diperkukuh melalui Asian Bond Pricing Forum 2025 yang diadakan pada 21 Oktober. Acara ini dianjurkan oleh SC bersama Bond Pricing Agency Malaysia (BPAM) dan Persatuan Pasaran Bon Thai (ThaiBMA). Forum tersebut menghimpunkan pembuat dasar serantau, pengawal selia dan pengamal pasaran bagi menggalakkan ketelusan, inovasi dan kemampanan dalam pasaran bon ASEAN.

Selain itu, SC turut menjadi hos kepada PT Penilai Harga Efek Indonesia (PHEI) dan Badan Pengelola Keuangan Haji Indonesia (BPKH) pada 29 Oktober 2025. Libat urus ini memberi tumpuan kepada pembangunan pasaran sukuk, pendekatan penilaian, pertimbangan pengawalseliaan serta aspek Syariah yang berkaitan dengan struktur sekuritisasi.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini mencerminkan komitmen SC untuk mewujudkan pasaran bon korporat dan sukuk yang lebih mudah diakses, berdaya tahan dan bersedia untuk inovasi. Dengan menggabungkan pandangan awal daripada projek perintis tokenisasi sukuk bersama libat urus menyeluruh pihak berkepentingan, SC terus meletakkan asas bagi pasaran modal yang lebih inklusif dan bersedia untuk masa hadapan.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup