Pemprofilan Antarabangsa


Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO), Forum Pasaran Modal ASEAN dan Perdagangan Antarabangsa

SC terus menzahirkan komitmennya terhadap pembentukan dasar kawal selia global dan penetapan piawaian antarabangsa melalui penglibatan aktif dalam Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO), badan penetap piawaian antarabangsa utama bagi pengawalseliaan sekuriti. Keahlian IOSCO merangkumi pengawal selia yang menyelia lebih 95% pasaran modal dunia merentasi lebih 130 bidang kuasa.

Dalam IOSCO, SC merupakan ahli Lembaga serta ahli Pasukan Petugas Fintech (FTF) dan Pasukan Petugas Kewangan Mampan (STF). Pada tahun 2025, SC telah menyumbang kepada kerja-kerja FTF berkaitan perkembangan pasaran kewangan, khususnya dalam bidang AI dan tokenisasi aset kewangan. Di bawah STF, SC terus terlibat secara aktif dalam usaha memantau pelaksanaan piawaian ISSB, serta kerja-kerja berkaitan piawaian jaminan dan etika oleh Lembaga Piawaian Pengauditan dan Jaminan Antarabangsa (IAASB) dan Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Akauntan (IESBA), selain pasaran bon mampan dan penanda aras ESG.

SC juga merupakan ahli utama Jawatankuasa Pasaran Berkembang dan Muncul (GEMC) IOSCO, yang merangkumi 80% daripada keseluruhan keahlian IOSCO. Sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu GEM serta ahli Kumpulan Kerja Pembangunan Pasaran GEMC, SC turut mengetengahkan Pelan Hala Tuju SC bagi memacu akses PKS kepada pasaran modal di Malaysia. Perkongsian ini bertujuan menyumbang kepada pembentukan agenda dan perbincangan masa hadapan GEMC mengenai pembangunan pasaran, sempena mesyuarat tahunan GEMC yang diadakan pada bulan Disember. SC juga terlibat secara aktif dalam Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik (APRC), khususnya melalui Kumpulan Kecil Libat Urus Penyedia Platform di bawah Kumpulan Kerja Penipuan Dalam Talian APRC. Kumpulan kecil ini telah mengadakan libat urus aktif dengan penyedia platform seperti Google, Meta dan Tencent bagi bertukar pengalaman serta menangani secara bersama isu dan cabaran di peringkat serantau dan nasional, dalam usaha membendung penipuan dan kemudaratan dalam talian.

Semasa Forum Pengawalseliaan Tahunan EU-Asia Pasifik yang diadakan pada Februari 2025 bersempena mesyuarat APRC, penggubal dasar kanan daripada Suruhanjaya Eropah dan pengawal selia sekuriti Asia Pasifik telah membincangkan perkembangan dasar dan pasaran utama di rantau masing-masing. Perbincangan ini merangkumi bidang berkaitan fintech (aset kripto, daya tahan operasi dan AI) serta kewangan mampan (pendedahan ESG, taksonomi dan pembiayaan peralihan).

SC juga merupakan ahli penting dalam pelbagai jawatankuasa IOSCO, termasuk Jawatankuasa Risiko Baharu Muncul, Jawatankuasa Penilaian, Jawatankuasa Pengawalseliaan Pasaran Sekunder dan Jawatankuasa Pelabur Runcit. SC terlibat dalam pembangunan Tinjauan Risiko IOSCO 2026, yang menilai risiko, arah aliran dan kerentanan global yang sedang muncul serta implikasinya terhadap pasaran modal global bagi tahun tersebut. Dalam rangka Jawatankuasa Pelabur Runcit IOSCO, SC terlibat dalam kerja-kerja berkaitan daya tahan pelabur dan penipuan pelaburan berasaskan hubungan. SC juga mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai rangkaian IOSCO bagi memperoleh pandangan yang bernilai, serta berkongsi dan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran pengawal selia lain. Rangkaian ini termasuk Rangkaian Pasaran Primer IOSCO, Rangkaian Kepelbagaian, Rangkaian Pencegahan Pengubahan Wang Haram IOSCO, serta Rangkaian Pengarah Penyeliaan APRC IOSCO dan Rangkaian Pengarah Penguatkuasaan APRC IOSCO.

Kerjasama Antarabangsa dalam Penguatkuasaan, Penyeliaan dan Pemantauan Rentas Sempadan

Salah satu keutamaan penting SC ialah memperkukuh kerjasama rentas sempadan dalam bidang penguatkuasaan dan penyeliaan. Sebagai penandatangan Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala (MMOU) IOSCO mengenai kerjasama dan pertukaran maklumat, SC berupaya memperoleh maklumat serta bukti yang bernilai bagi menyokong tindakan penguatkuasaannya.

SC juga merupakan penandatangan Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala IOSCO APRC bagi Kerjasama Penyeliaan (MMoU Penyeliaan). Sejak menandatangani MMoU Penyeliaan pada tahun 2022, SC kini mempunyai pengaturan kerjasama dalam hal ehwal penyeliaan dengan rakan pengawal selia serantau, termasuk di Australia, Hong Kong, Jepun, Korea, New Zealand, Singapura dan Thailand.

Pada Mei 2025, SC telah berjaya menjadi penandatangan Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala Dipertingkatkan (EMMoU) IOSCO. EMMoU ini menyediakan kepada penandatangan bentuk bantuan yang diperluas, diringkaskan sebagai “ACFIT”, yang merangkumi keupayaan untuk mendapatkan (A) kertas audit (audit papers), (C) memaksa (compel) kehadiran bagi memberi keterangan, (F) membekukan (freeze) aset, serta memperoleh (I) rekod penyedia perkhidmatan internet (internet) dan (T) rekod telefon (telephone). EMMoU ini dibangunkan berasaskan MMOU IOSCO yang pertama.

Sehingga kini, SC terus bekerjasama secara aktif dan berkesan dengan penandatangan lain di bawah rangka kerja MMOU dan EMMoU. Menyedari kepentingan perkongsian pengalaman dalam bidang penyeliaan, penguatkuasaan dan pemantauan rentas sempadan, SC telah menyertai Mesyuarat Pengarah Penyeliaan APRC dan Mesyuarat Pengarah Penguatkuasaan APRC yang diadakan pada suku pertama 2025.

Pada Oktober 2025, SC turut menjadi tuan rumah Mesyuarat Rangkaian Pengarah Penyeliaan IOSCO APRC selama satu hari. Mesyuarat tersebut disertai oleh peserta APRC dari pelbagai bidang kuasa termasuk Australia, Bangladesh, Kemboja, Hong Kong, India, Jepun, Malaysia, Pakistan, Singapura dan Thailand. Para peserta terlibat dalam perbincangan yang mendalam mengenai topik yang lebih luas berkaitan keselamatan siber dan pempengaruh kewangan, dengan tumpuan kepada ancaman, arah aliran dan cabaran yang sedang muncul serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan perlindungan pelabur.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup