Mengeratkan Kerjasama Serantau Melalui Kepengerusian ASEAN


Kepimpinan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025

Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, iaitu kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada tahun 1967 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ merentasi tonggak Ekonomi, Keselamatan Politik dan Sosio Budaya. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ASEAN 2025 menyaksikan pengenalan inisiatif utama baharu termasuk Wawasan Komuniti ASEAN 2045, yang menggariskan masa depan bersama untuk dua dekad akan datang serta penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai ahli kesebelas ASEAN.

SC mengetuai kepimpinan ASEAN Malaysia melalui jawatan Pengerusi Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) serta sokongan terhadap kepimpinan MOF dalam Trek Kewangan ASEAN.

SC sebagai Pengerusi Forum Pasaran Modal ASEAN

Sebagai Pengerusi ACMF, SC berpeluang membentuk fokus dan keutamaan ACMF sejajar dengan matlamat pembangunan negara melalui wacana dan kepimpinan pemikiran di mesyuarat dan acara ACMF, serta pembangunan dan penyampaian Keutamaan Ekonomi Utama (PED) Malaysia dan hasil berkaitan ACMF yang lain.

Pada tahun 2025, SC telah mereka bentuk, mengurus dan mengetuai perbincangan di empat Mesyuarat Timbalan ACMF, tiga Mesyuarat Pengerusi ACMF, dua Persidangan Antarabangsa dan 14 bengkel teknikal. Dianjurkan di seluruh Malaysia dan di SC, libat urus ini bukan sahaja menyediakan platform yang rancak untuk pembelajaran dan kemajuan bersama tetapi juga penghargaan terhadap budaya dan sejarah Malaysia.

Keutamaan Ekonomi Utama SC – Menyokong Kepimpinan Kementerian Kewangan dalam Trek Kewangan ASEAN

PED merupakan inisiatif boleh diambil tindakan utama yang yang ditetapkan oleh setiap Pengerusi ASEAN. Di bawah Trek Kewangan, yang diketuai oleh MOF, SC menghasilkan empat keutamaan melalui dua PED, yang termakatubdi dalam Teras Strategik untuk Memupuk Masa Depan yang Inklusif dan Mampan.

Kedua-dua PED tersebut memberi tumpuan kepada Mempercepatkan Pertumbuhan Pasaran Modal ASEAN yang Lebih Mampan, Terhubung dan Inklusif, serta Memangkin Akses kepada Pembiayaan untuk Daya Tahan Iklim dan Peralihan Adil di ASEAN.

Memacu Pembangunan Pasaran Modal ASEAN yang Mampan, Terhubung dan Inklusif

Merangka Hala Tuju Lima Tahun Akan Datang bagi Pasaran Modal ASEAN

Selaras dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 dan Wawasan Pasca-2025 Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) serta dalam peranannya sebagai Pengerusi ACMF, SC menerajui pembangunan Pelan Tindakan ACMF 2026– 2030 (Pelan Tindakan) yang mengetengahkan peranan penting pasaran modal dalam menyokong agenda daya tahan, daya saing dan kemampanan ekonomi jangka panjang rantau ini. Pelan Tindakan ini telah dilancarkan pada 6 November 2025, menandakan kemajuan dalam perjalanan ASEAN ke arah membina pasaran modal serantau yang lebih bersepadu, mampan dan didorong oleh inovasi, serta memperkukuh kedudukan rantau ini dalam pasaran modal dan landskap kewangan global.

Pelan Tindakan ini juga melengkapi Pelan Induk Pasaran Modal SC 2026-2030, terutamanya tumpuannya untuk memperkukuh keterhubungan serantau Malaysia. Melalui penjajaran ini, Pelan Tindakan ini memperkukuh komitmen Malaysia untuk memajukan pembangunan pasaran modal serantau dan menyokong pengantarabangsaan syarikat Malaysia, sambil meluaskan peranan Malaysia sebagai pintu masuk untuk pelaburan rentas sempadan dan pengumpulan dana dalam ASEAN.

Pelan Tindakan ini menetapkan lima Teras Strategik yang membimbing keutamaan kolektif ASEAN. Teras ini dipacu oleh pengukuhan kapasiti dan tadbir urus institusi ACMF, memajukan ASEAN yang mampan dan berdaya tahan, menggalakkan keterangkuman dan pemerkasaan kewangan, mengeratkan integrasi serantau dan kedudukan global, serta mempercepatkan pendigitalan dan inovasi merentasi pasaran ASEAN. Teras ini memajukan objektif rantau ini untuk memupuk pertumbuhan mampan, memperdalam integrasi pasaran, meluaskan penyertaan pelabur, dan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan pasaran modal ASEAN.

Pelan Tindakan tersebut seterusnya mengenal pasti 11 keutamaan utama dan 18 inisiatif luaran yang direka untuk memperdalam keterhubungan pasaran, meningkatkan kemampanan dan menggalakkan pertumbuhan inklusif merentasi pasaran modal ASEAN. Antaranya ialah inisiatif asas seperti menyokong penyesuaian iklim melalui mitigasi manfaat bersama, Panduan Adaptasi untuk Daya Tahan (Panduan mAR), menggalakkan penzahiran kemampanan PKS melalui ASEDG, mempromosikan ASEAN sebagai kelas aset yang berbeza melalui inisiatif Berlian ASEAN dan Indeks ASEAN, memperkukuh literasi kewangan dan pembinaan kapasiti serta menggalakkan penggunaan AI yang bertanggungjawab dalam pasaran modal.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup