Pemantauan


Memelihara Integriti Pasaran melalui Pengawasan Tegas terhadap PLC dan Pemantauan Dagangan Proaktif

Mengekalkan kepercayaan pelabur terhadap pasaran modal Malaysia serta memelihara integritinya adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan. SC menyokong mandat ini melalui pemantauan dan pengawalseliaan PLC, di samping melaksanakan pengawasan aktiviti dagangan bagi memastikan pasaran modal beroperasi secara telus, adil dan bertanggungjawab.

Pemantauan Korporat dan Pengawasan Tadbir Urus

SC secara proaktif menyemak pendedahan syarikat, penyata kewangan dan urus niaga bagi memastikan syarikat tersenarai mematuhi undang-undang sekuriti serta piawaian pelaporan kewangan. Fungsi pemantauan korporat SC bertujuan melindungi pelabur dan pemegang saham daripada risiko yang berkaitan dengan maklumat mengelirukan atau salah laku.

Pendekatan pemantauan SC didorong oleh data dan pandangan yang diperoleh daripada pengumuman syarikat, liputan media serta maklum balas pihak berkepentingan. Pada tahun 2025, pemantauan kami mengenal pasti beberapa pemerhatian utama, khususnya potensi kerugian akibat perbuatan salah, salah nyata kewangan serta risiko baharu yang sedang muncul. Penemuan ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan intervensi proaktif bagi melindungi kepentingan pelabur serta mengekalkan integriti pasaran. Ini membolehkan kami mengenal pasti isu berpotensi pada peringkat awal dan bertindak dengan cepat untuk mengelakkan ia daripada melarat. Kami secara berterusan berinteraksi dengan pengarah syarikat, juruaudit dan pihak berkepentingan utama lain bagi memperkukuh kebertanggungjawaban lembaga serta memupuk amalan tadbir urus korporat yang berkesan.

Memupuk Pematuhan terhadap Peraturan Pengambilalihan dan Penggabungan serta Mengekalkan Pengawalseliaan yang Berkesan

Bagi memastikan pematuhan terhadap undang‑undang sekuriti, SC memantau dengan teliti pematuhan terhadap, antara lainnya, keperluan pengambilalihan bagi mengesan salah laku dan pelanggaran yang boleh menjejaskan kepentingan orang awam yang melabur. Selaras dengan prinsipnya sebagai pengawal selia yang terbuka dan interaktif, SC menggalakkan pihak berkepentingan atau penasihat mereka untuk berinteraksi lebih awal sebelum melaksanakan sebarang urus niaga yang mempunyai implikasi pengambilalihan. Sesi perundingan sepanjang 2025 merangkumi perkara-perkara seperti pengenalpastian pihak penawar muktamad dan pihak yang bertindak secara bersekutu, pengecualian daripada kewajipan tawaran mandatori yang melibatkan yayasan dan penyusunan semula pegangan, syarat serta prasyarat sesuatu tawaran, serta tindakan yang boleh dianggap sebagai urus niaga memihak atau yang menggagalkan tawaran tersebut. Pendekatan ini mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pihak berkepentingan untuk mendapatkan panduan daripada SC melalui proses perundingannya, yang bertujuan menggalakkan pematuhan yang lebih tinggi terhadap keperluan kawal selia bagi urus niaga pengambilalihan dan penggabungan.

SC dan Bursa Malaysia turut mengadakan pelbagai perbincangan dan dialog sepanjang tahun dengan lembaga pengarah syarikat yang akan disenaraikan di Pasaran Utama atau Pasaran ACE, merangkumi keperluan-keperluan penting yang perlu dipatuhi oleh syarikat tersenarai dan pengarahnya, termasuk peraturan utama berkaitan pengambilalihan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman serta menyokong syarikat baharu yang tersenarai ketika mereka memulakan fasa baharu di Bursa Malaysia.

Selain perundingan kawal selia, SC menganjurkan dialog tahunan pada 13 Oktober 2025 untuk membincangkan arah aliran yang sedang muncul serta menjelaskan jangkaan bagi mencapai penyelarasan kawal selia yang lebih baik. Dialog ini dihadiri oleh 60 wakil daripada 28 firma penasihat kewangan korporat, termasuk ahliahli Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) dan ahli-ahli Persatuan Penasihat Kewangan Korporat (ACFA) yang terlibat dalam cadangan pengambilalihan.

Penanda aras antarabangsa dan kerjasama dengan pengawal selia pengambilalihan setara kekal penting dalam membentuk peraturan dan dasar pengambilalihan di Malaysia. SC mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pengawal selia setara melalui saluran komunikasi terbuka, sekali gus membolehkan pertukaran pandangan dan amalan terbaik bagi mencapai hasil kawal selia yang berkesan.

Pendekatan pelbagai dimensi ini menekankan komitmen SC dalam memupuk pasaran yang adil, cekap dan telus, sambil memastikan peraturan pengambilalihan di Malaysia kekal relevan dan berkesan dalam landskap pasaran modal yang sentiasa berkembang.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup