Pengampang Maklumat

Sebagai sebahagian daripada mandatnya untuk memupuk inovasi dan menyokong peserta pasaran baharu, SC terus melaksanakan inisiatif yang menyeleraskan proses pengawalseliaan dan meningkatkan kecekapan. Komitmen ini diperkukuh pada tahun 2025, susulan pengenalan rangka kerja Penilaian Skop Berfokus (FSA) pada tahun 2024.

Dialog Terbuka dan Memudah Cara untuk Peserta Pasaran

Untuk membantu pemohon, SC mengguna pakai mekanisme pemudah cara yang menggalakkan bakal pemohon untuk mengadakan perundingan prapenyerahan (PSC) dengan SC. Perundingan ini membolehkan SC memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai cadangan perniagaan pemohon serta menilai sejauh mana cadangan tersebut sejajar dengan rangka kerja yang dibenarkan. Menerusi dialog terbuka ini, pemohon diberi peluang untuk menambah baik cadangan perniagaan, dokumentasi dan struktur tadbir urus mereka, bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya serta selaras dengan keperluan dan jangkaan SC sebelum mengemukakan permohonan rasmi. SC telah menyaksikan penyertaan yang tinggi dalam sesi perundingan ini, mencerminkan pendekatan proaktif pemohon dalam memenuhi jangkaan pengawalseliaan.

Pada tahun 2025, pemudahcaraan PSC menghasilkan 49 permohonan rasmi, di mana 40 daripadanya berjaya diproses. Pemudahcaraan PSC telah terbukti berkesan dalam mengurangkan masa yang diambil untuk penyerahan serta meningkatkan kualiti permohonan yang dikemukakan oleh pemohon. Antara lain, didapati bahawa permohonan pada tahun 2025 adalah lebih berkualiti kerana lebih daripada 60% daripada permohonan yang diproses datang daripada PSC 2025 (iaitu 25 PSC daripada kohort 2025, mewakili 43% daripada PSC 2025), manakala baki permohonan datang daripada PSC 2023–2024.

Bagi permohonan dinilai mengikut piagam pelanggan SC, penyerahan yang dibuat mesti lengkap, sah, tepat dengan pendedahan sepenuhnya serta memenuhi keperluan pelesenan atau pendaftaran yang berkaitan. Pada tahun 2025, semua permohonan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) diproses mengikut tempoh yang dijanjikan dalam piagam pelanggan (Jadual 13). Selain itu, SC telah berjaya mencapai jangka masa pelaksanaan kurang daripada tiga bulan bagi semua permohonan yang diterima di bawah rangka kerja FSA pada tahun 2025.

Sepanjang tempoh ini, lapan pemegang CMSL baharu telah diluluskan bagi aktiviti terkawal berikut:

  • Pengurusan dana (lima syarikat);
  • Memberi nasihat mengenai kewangan korporat (satu syarikat);
  • Urus niaga dalam sekuriti (satu syarikat); dan
  • Perancangan kewangan (satu syarikat).

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup