Pengawasan


Pengawasan Teknologi

Memperkukuh Daya Tahan Siber sebagai Peneraju Sektor di bawah Akta Keselamatan Siber 2024

Tahun 2025 menandakan titik penting bagi SC dalam usaha menyatukan dan melaksanakan agenda daya tahan siber negara. Bersandarkan pencapaian pengawalseliaan utama pada tahun 2024, khususnya pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi (GTRM) yang disemak semula serta Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta Keselamatan Siber), tumpuan SC adalah terhadap pelaksanaan yang berkesan, pengukuhan libat urus pengawasan, dan pengoperasian mandat yang diperluas sebagai Peneraju Sektor bagi Perbankan dan Kewangan.

Tahun 2025 juga menandakan kitaran pengawasan penuh pertama di bawah keperluan yang dipertingkatkan, susulan penguatkuasaan GTRM pada Ogos 2024. SC telah mempertingkat pengawasan terhadap entiti pasaran modal bagi memastikan penjajaran dengan piawaian GTRM merangkumi struktur tadbir urus, mekanisme pelaporan, amalan pengurusan risiko pihak ketiga, audit teknologi, serta tanggungjawab pengawasan lembaga. Ini termasuk penilaian tematik berfokus, libat urus dengan lembaga dan pengurusan kanan, serta pemantauan berterusan untuk memperkukuh kebertanggungjawaban dan daya tahan terhadap ancaman teknologi dan siber yang semakin berkembang.

Sejak pewartaan Akta Keselamatan Siber pada Jun 2024 dan pelantikan SC sebagai Peneraju Sektor bagi sektor perbankan dan kewangan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada September 2024, SC telah mula mengoperasikan tanggungjawab

Peneraju Sektor termasuk menjalankan penilaian awal dan menetapkan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), membangunkan Kod Amalan Keselamatan Siber khusus sektor, serta mewujudkan mekanisme pemantauan pematuhan dan penyelarasan insiden pada peringkat sektoral. Inisiatif ini penting bagi memastikan infrastruktur kewangan negara beroperasi di bawah piawaian asas keselamatan siber yang padu dan seragam di seluruh sektor.

Dengan selesainya latihan penetapan NCII pada akhir tahun 2024, keutamaan SC pada tahun 2025 adalah untuk mengawas dan menyokong pematuhan oleh entiti yang ditetapkan. Dibangunkan selaras dengan GTRM, amalan terbaik industri dan keperluan statutori di bawah Akta Keselamatan Siber, Kod Amalan ini menetapkan kawalan keselamatan dan proses minimum yang dijangka daripada entiti NCII. Sepanjang tahun ini, SC bekerjasama rapat dengan entiti yang dikawal selia untuk membimbing pelaksanaan, memperkukuh struktur pengawasan, serta memastikan pelaporan insiden dan mekanisme tindak balas yang mantap.

Selari dengan itu, SC turut mempertingkat kesiapsiagaan pasaran modal Malaysia terhadap ancaman kuantum melalui kerjasama aktif dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) dalam merangka pelan migrasi Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) peringkat nasional. Bersandarkan libat urus dengan NACSA pada tahun 2025, SC kini memberi tumpuan kepada perancangan khusus sektor bagi memastikan sistem kritikal pasaran modal berada pada kedudukan yang bersedia untuk peralihan kriptografi masa hadapan, selaras dengan perkembangan global.

Secara keseluruhan, inisiatif yang merangkumi pelaksanaan GTRM, pengaktifan fungsi peneraju sektor, pengoperasian pematuhan NCII, serta pemerkasaan daya tahan PQC ini menegaskan peranan SC pada tahun 2025 sebagai pemangkin utama dan peneraju nasional dalam pemantauan risiko teknologi dan tadbir urus siber. Melalui penyepaduan mandat pengawalseliaannya dengan peranan nasional yang diperluas di bawah Akta Keselamatan Siber, SC memacu daya tahan siber sistemik merentasi sektor kewangan dan menyumbang secara bermakna kepada objektif keselamatan siber negara yang lebih luas.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup