Pemeriksaan ke Atas Firma Audit dan Rakan Kongsi Individu

Pada 2021, AOB menjalankan pemeriksaan ke atas 14 firma audit meliputi 45 juruaudit individu untuk 54 tugasan audit. AOB mengguna pakai pendekatan pemeriksaan berasaskan risiko dalam proses perancangan dan pemilihan tugasan serta bidang utama khusus dalam tugasan audit yang dipilih. Pendekatan berasaskan risiko mengambil kira pelbagai faktor seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.

AOB mengambil peluang untuk mempertingkatkan pendekatan yang dipacu oleh analitik data dalam pemeriksaannya dengan mengambil kira kerumitan struktur, industri, situasi dan persekitaran operasi PIE. Peningkatan berterusan ini akan memastikan program pemeriksaan AOB cukup tangkas untuk mengenal pasti arah aliran ekonomi utama dan kebimbangan pasaran dengan berkesan. Penggunaan analitik data yang mendalam membolehkan AOB menggunakan pendekatan pemeriksaan yang lebih disasarkan, dengan itu membolehkan AOB memberi tumpuan pada bidang penting yang kritikal.

Ketidakpastian berterusan yang timbul daripada pandemik menyebabkan AOB meneroka pelbagai pilihan atau pengaturan dengan firma audit untuk melaksanakan semakan pemantauan luar lokasi dan/ atau pemeriksaan secara maya bagi memastikan program pemeriksaannya tidak terganggu secara keseluruhannya. Hasilnya, AOB dapat melaksanakan 11 daripada 14 pemeriksaan yang telah dirancang secara jauh sepanjang 2021.

Untuk mengukuhkan lagi proses pemantauannya, AOB menjalankan semakan pemantauan luar lokasi dengan menganalisis laporan juruaudit dan penzahiran yang dibuat dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Teraudit PIE masing-masing, dengan memberi tumpuan pada kedudukan kewangan PIE dan pelbagai penunjuk risiko yang signifikan.

RAJAH 1: PENDEKATAN BERASASKAN RISIKO YANG DIAMBIL OLEH AOB

Penilaian risiko firma audit dan juruaudit individu

Permodalan pasaran pelanggan PLC yang diaudit oleh firma audit

Bidang khusus industri atau kebimbangan pasaran

Perkembangan signifikan perakaunan, pengauditan/ perkembangan lain

Penggunaan analitik data untuk mengenal pasti bidang berisiko tinggi tertentu

Didorong oleh kebimbangan khusus yang timbul daripada semakan pemantauan luar lokasi, AOB dapat mengenal pasti tugasan dengan bidang risiko berpotensi untuk pemeriksaan tematik pada tahun tersebut. Pemeriksaan tematik memberi penekanan kepada prosedur audit yang dilaksanakan oleh juruaudit untuk menangani risiko yang semakin meningkat berhubung dengan bidang utama kritikal seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2.

RAJAH 2: BIDANG RISIKO KHUSUS YANG DIKENAL PASTI SEBAGAI BERISIKO TINGGI YANG MENGHENDAKI PEMERIKSAAN AOB

Keupayaan meneruskan perniagaan

Penilaian aset bukan kewangan

Pengiktirafan hasil

Pendekatan di atas yang diambil oleh AOB pada 2021 membolehkan bilangan tugasan audit yang diperiksa jauh lebih tinggi seperti dibentangkan dalam Rajah 3.

RAJAH 3: LIPUTAN PEMERIKSAAN DAN SEMAKAN TEMATIK LUAR LOKASI

Bilangan firma audit

Bilangan juruaudit individu

Bilangan tugasan audit

Pada akhir setiap pemeriksaan, AOB menilai tahap keseriusan pemerhatian yang timbul daripada setiap tugasan yang disemak. Bagi tugasan yang memerlukan penambahbaikan yang ketara, AOB akan mengambil tindakan terhadap juruaudit individu yang terlibat dan mempertimbangkan keperluan untuk mengenakan langkah seterusnya ke atas firma, jika perlu.

Tindakan berikut boleh diambil oleh AOB bergantung kepada keputusan penilaian yang dilaksanakan (Rajah 4).

Butiran mengenai program pemeriksaan, seperti pemerhatian pemeriksaan lazim, hasil semakan tematik, analisis trend dan usaha pemulihan yang dilaksanakan oleh firma audit yang diperiksa telah dibentangkan dalam Laporan Pemeriksaan Tahunan (AIR) 2020 AOB yang diterbitkan pada 2021. Untuk program pemeriksaan 2021, keputusan akan dibentangkan secara berasingan dalam AOB AIR 2021 pada masa akan datang.

RAJAH 4: TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH AOB

Mengenakan langkah pemulihan khusus untuk menggabungkan atau menyemak prosedur audit yang berkaitan

Dirujuk ke jabatan yang berkaitan di SC atau pemerhatian dikongsi dengan PIE masing-masing

Tindakan penguatkuasaan diambil oleh AOB

Mengenakan syarat pendaftaran tambahan dan langkah-langkah sementara

rencana 1: PELAPORAN KETELUSAN TAHUNAN

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup