Penyertaan Pelabur

Penyertaan pelabur, dan tingkah laku serta demografi pelabur yang berkaitan, mempengaruhi kestabilan dan kecairan keseluruhan pasaran modal Malaysia. Kecairan pasaran ialah syarat penting untuk pasaran berfungsi dengan berkesan, seterusnya memudahkan pembentukan dan penemuan harga, dan yang lebih penting adalah kestabilan sistemik melalui penyerapan kejutan sistemik.1

Kepelbagaian jenis pelabur juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan keadaan dan kedalaman pasaran. Oleh itu, analisis yang lebih mendalam mengenai penyertaan pelbagai kumpulan pelabur ini akan membantu pemahaman yang lebih baik tentang struktur pasaran untuk pemantauan dan pengurusan kestabilan sistemik.2

Penurunan dalam pegangan domestik daripada 79.59% pada akhir Disember 2021 kepada 79.42% pada 30 September 2022 (Rajah 1a) didorong oleh pelabur institusi domestik yang merupakan penjual bersih selama tujuh daripada sembilan bulan pertama pada 2022 (jumlah jualan bersih -RM9.03 bilion) (Rajah 1b). Sementara itu, dalam tempoh yang sama pelabur runcit domestik didagangkan pada belian bersih RM2.30 bilion, manakala pelabur institusi dan runcit asing turut didagangkan pada belian bersih RM6.58 bilion dan RM0.06 bilion masing-masing.

Berdasarkan penilaian SC setakat 30 September 2022, pegangan domestik sebahagian besarnya dipegang oleh pelabur strategik (75.91%), dan bakinya dipegang oleh pelabur bukan strategik. Pelabur strategik terdiri daripada penganjur, syarikat induk atau syarikat pegangan sesebuah PLC yang mempunyai strategi pelaburan jangka panjang, manakala pelabur bukan strategik ialah pengurus pelaburan dengan jangka masa pelaburan yang lebih pendek.


1 Final Report: Development of Emerging Capital Markets: Opportunities, Challenges and Solutions. The Growth and Emerging Markets Committee of IOSCO. IOSCO. 2020.
 2 Sumber penilaian dalaman: Bursa Malaysia, Thomson Reuters Eikon dan SC.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup