CARI SESUATU? TANYA ALISS.
PERANAN KAMI
MENGAWAL SELIA
Untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan terhadap pasaran modal, SC mengawal selia pasaran modal berdasarkan prinsip ketelusan dan keberkadaran yang sepadan dengan risiko yang terlibat. Kami secara aktif mengemas kini dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekuriti kami bagi memastikan pasaran modal dikendalikan secara adil dan teratur serta mengurangkan risiko sistemik. Di sini anda akan memperoleh senarai Akta, garis panduan, kertas perundingan kami, soalan lazim mengenai peraturan kami, nota teknikal, kemas kini mengenai tindakan penguatkuasaan kami serta maklumat pelesenan.
MEMBANGUN
Sejajar dengan berkembangnya ekonomi Malaysia dan menjadi semakin pelbagai, kami perlu memastikan wujud pasaran modal yang mampan, inklusif dan inovatif yang memenuhi pelbagai spektrum pelabur dan penerbit, serta menyediakan peluang untuk penciptaan kekayaan. Usaha pembangunan SC kekal memberi tumpuan kepada peningkatan dan pengukuhan daya saing semua segmen pasaran.
MELINDUNGI
Selain daripada kerja pemantauan, pengawasan, penyeliaan dan penguatkuasaan berterusan, kami percaya bahawa perlindungan pelabur terbaik adalah melalui pemerkasaan dan pendidikan pelabur bagi membolehkan pengambilan keputusan pelaburan yang bermaklumat. Di sini anda boleh membuat aduan melalui Pejabat Pengguna & Pelabur SC, ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif pendidikan pelabur kami, bagaimana untuk menjadi pemberi maklumat, dan pautan ke sumber yang berguna.
SOROTAN KAWAL SELIA
15 Januari 2020
Garis Panduan mengenai Aset Digital (Garis Panduan) dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menurut seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Garis Panduan ini menetapkan keperluan untuk (a) penerbit yang ingin mengumpul dana menerusi tawaran digital; dan (b) pendaftaran pengendali platform untuk mengendalikan platform IEO.

6 Januari 2020

Sebagai panduan am, prinsip-prinsip tersebut menghuraikan jangkaan SC terhadap pendekatan pengurusan kesinambungan perniagaan entiti pasaran modal untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan kritikal dan pemenuhan kewajipan perniagaan sekiranya berlaku gangguan.

26 November 2019
Garis Panduan Penerbitan Bon Korporat dan Sukuk kepada Pelabur Runcit dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
DOKUMEN POPULAR

29 November 2019

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan senarai kemas kini sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Senarai sekuriti patuh Syariah, iaitu yang tersenarai di Bursa Malaysia, berkuat kuasa mulai 25 Mei 2018.

28 Disember 2012
Menggabungkan pindaan terkini sehingga 28 Disember 2012

30 April 2017
Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) yang diperkenalkan pada tahun 2000 telah menjadi alat penting untuk pembaharuan tadbir urus korporat, dan telah mempengaruhi amalan tadbir urus korporat syarikat secara positif
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup