- Menyediakan nasihat dasar, perundangan dan strategic untuk menyokong inisiatif kawal selia dan pembangunan SC untuk melindungi pelabur dan menanam keyakinan pasaran
- Menyiasat pelanggaran undang-undang dan peraturan pasaran modal yang disyaki untuk memastikan bukti yang mencukupi bagi menyokong tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian
- Membangunkan dan menyemak dasar yang berkaitan dengan rangka kerja kawal selia pasaran modal
- Memastikan institusi pasaran mempunyai struktur tadbir urus, sumber dan keupayaan yang bersesuaian untuk memenuhi tanggung jawab mereka
- Melaksanakan fungsi-fungsi pengawasan berkaitan dengan risiko yang berkenaan dengan entiti dikawal selia, pengantara dan pengantara pengurusan pelaburan
- Melaksanakan fungsi pengawalan terhadap pemegang lesen dan individu berdaftar
Kami mahukan anda jika anda berpengalaman dalam fungsi-fungsi berikut: mendraf dokumen perundangan, litigasi, perakaunan forensik, penyiasat, audit luaran, audit dalaman, pematuhan, perakaunan pengurusan, kewangan korporat, pakar data, ahli statistik, aktuari, pendanaan ramai, Fintech atau yang berkaitan.