Laporan Tahunan 2023

Untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekap, terjamin dan telus serta untuk memudahcarakan pembangunan modal bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.

PERUTUSAN PENGERUSI

Meskipun ketidaktentuan pasaran global dan halangan meningkat, pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2022, dengan jumlah dana yang diperoleh mencecah RM179.4 bilion.

Sorotan 2023: Prestasi Pasaran Modal

Prestasi selama 5 tahun (2019-2023)

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

RM3.8
TRILLION
Jumlah Saiz Pasaran Modal
RM2.8
TRILLION
Jumlah Saiz Pasaran Modal Islam
RM127.7
BILLION
Jumlah Ekuiti dan Pengumpulan Dana
RM3.8
BILLION
Jumlah Pengumpulan Dana Alternatif
RM975.5
BILLION
Industri Pengurusan Dana AUM

RM905.5

billion

RM519.5

billion

RM4.8

billion

RM39.3

billion

Siaran Akhbar

25 Mac 2024

Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6% kepada RM3.8 trilion (2022: RM3.6 trilion), didorong oleh pertumbuhan dalam permodalan pasaran ekuiti serta jumlah bon dan sukuk belum tebus.

Pembentangan Slaid

25 Mac 2024

Slaid pembentangan telah dibentang semasa sidang media maya untuk memberikan gambaran keseluruhan keadaan pasaran semasa serta keutamaan SC bagi tahun 2023.

Tinjauan dan Prospek Pasaran Modal

Landskap ekonomi global terus mengalami cabaran yang getir pada tahun 2023, susulan perbezaan jangkaan yang berterusan dalam pertumbuhan global dan dasar monetari, ditambah pula dengan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan menyumbang kepada volatiliti menyeluruh dalam pasaran kewangan global.

Di peringkat domestik, ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana namun kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh. Berlatarbelakangkan cabaran global yang semakin meningkat, pasaran modal Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi dengan berkesan dalam membiayai aktiviti ekonomi dan pengantaraan simpanan. Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka kekal pada laluan pertumbuhan yang stabil pada 2024, didorong oleh perbelanjaan sektor swasta yang berterusan. Sementara itu, pasaran modal domestik dijangka kekal stabil, adil dan teratur didukung oleh asas ekonomi yang kukuh, kecairan domestik yang mencukupi dan persekitaran dasar yang menyokong.

Prestasi dan Hasil Kawal Selia

Misi SC adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran modal yang adil, cekap, terjamin dan telus melalui fungsi pengawalseliaannya, yang terdiri daripada penggubalan peraturan, fungsi pengawalan, pemantauan, pengawasan, pengendalian aduan dan penguatkuasaan.

Bahagian ini menyediakan laporan tentang aktiviti pengawalseliaan utama SC pada tahun 2023, yang disokong oleh pemantauan risiko proaktif untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan membolehkan SC menumpukan usaha dan sumbernya secara optimum.

Memperkukuh Kemampanan dan Daya Saing Pasaran Modal

Pembentukan dan mobilisasi modal yang berkesan terus menjadi pendorong utama dalam memperkukuh kestabilan dan daya saing pasaran modal Malaysia. 

Seiring dengan objektif ini, SC melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan yang merangkumi kedua-dua pasaran alternatif dan tradisional. Khususnya, inisiatif ini menjurus ke arah memudahkan saluran pengumpulan dana yang lebih besar, terutamanya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC) serta mengukuhkan keseluruhan ekosistem pelaburan. Inisiatif utama termasuk pembentukan libat urus dengan agensi kerajaan yang lain, memperkenalkan produk yang inovatif menyepadukan pemain baharu ke dalam ekosistem pasaran dan akan membangunkan saluran bakat yang berkaitan.

Selain itu, SC terus memacu agenda kemampanan dan tadbir urus korporat, memperluas dan mengembangkan pasaran modal Islam, serta memperkukuh industri pengurusan dana. SC juga berusaha untuk memupuk pasaran derivatif yang kompetitif dan menerima inovasi untuk pertumbuhan yang lebih besar. Di peringkat global, SC bertujuan untuk meningkatkan profil antarabangsa pasaran modal Malaysia dan rangka kerja pengawalseliaannya.

Libat Urus Strategik Bersama Pihak Berkepentingan

Pembangunan berterusan pasaran modal Malaysia merupakan satu usaha yang memerlukan sinergi yang kukuh antara pelbagai pihak berkepentingan. Berlandaskan semangat yang sama, SC kekal komited terhadap penglibatan strategik pihak berkepentingan dalam memastikan proses inklusif di mana keperluan dan kepentingan semua pihak dipertimbangkan semasa menggubal dasar dan melaksanakan inisiatif pembangunan.

Sepanjang 2023, SC terlibat secara aktif dengan rangkaian luas pihak berkepentingan utama di Malaysia dan di luar negara yang merangkumi peserta pasaran, pengantara kewangan, persatuan industri, pihak berkuasa kawal selia, perniagaan, pelabur, pegawai kerajaan, orang awam dan media. Kaji selidik persepsi pihak berkepentingan telah digunakan untuk mengenal pasti keperluan pihak berkepentingan, lalu membolehkan SC melibatkan diri dengan sewajarnya dalam usaha untuk menjadi pemudah cara dan bertindak balas dengan cekap.

SC memanfaatkan pelbagai platform untuk melaksanakan libat urus ini dan memastikan komunikasi yang konsisten dan berterusan dengan pihak berkepentingan, antara lain melalui perundingan, mesyuarat, dialog dan taklimat.

Sememangnya, adalah menjadi teras kepercayaan SC bahawa penggubalan dasar yang memudah cara dan berkesan untuk pertumbuhan mampan pasaran modal domestik adalah hasil daripada kefahaman mendalam tentang industri dan kerjasama yang kukuh bersama semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam ekosistem.

Informasi Organisasi


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Ia komited untuk memastikan pelabur dilindungi, pasaran yang adil dan teratur; serta memantau, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik yang muncul daripada pasaran modal.

Statistik Pasaran


Statistik pasaran bagi: 

  • Cadangan Korporat 
  • Pengurusan Pelaburan 
  • Pasaran Modal Islam 
  • Modal Teroka dan Ekuiti Swasta 
  • Pendanaan Ramai Berasaskan Ekuiti 
  • Pembiayaan Antara Rakan Setara 
  • Akronim dan Singkatan

Muat Turn Laporan Tahunan 2023


Lihat
e-Flipbook


Pautan berkaitan
 Siaran Akhbar | Garis Panduan | Amaran Pelabur  | Perlesenan | Laporan Tahunan AOB 2023
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup