Strategic Engagements with Stakeholders

Pembangunan berterusan pasaran modal Malaysia merupakan satu usaha yang memerlukan sinergi yang kukuh antara pelbagai pihak berkepentingan. Berlandaskan semangat yang sama, SC kekal komited terhadap penglibatan strategik pihak berkepentingan dalam memastikan proses inklusif di mana keperluan dan kepentingan semua pihak dipertimbangkan semasa menggubal dasar dan melaksanakan inisiatif pembangunan.

Sepanjang 2023, SC terlibat secara aktif dengan rangkaian luas pihak berkepentingan utama di Malaysia dan di luar negara yang merangkumi peserta pasaran, pengantara kewangan, persatuan industri, pihak berkuasa kawal selia, perniagaan, pelabur, pegawai kerajaan, orang awam dan media. Kaji selidik persepsi pihak berkepentingan telah digunakan untuk mengenal pasti keperluan pihak berkepentingan, lalu membolehkan SC melibatkan diri dengan sewajarnya dalam usaha untuk menjadi pemudah cara dan bertindak balas dengan cekap.

SC memanfaatkan pelbagai platform untuk melaksanakan libat urus ini dan memastikan komunikasi yang konsisten dan berterusan dengan pihak berkepentingan, antara lain melalui perundingan, mesyuarat, dialog dan taklimat.

Sememangnya, adalah menjadi teras kepercayaan SC bahawa penggubalan dasar yang memudah cara dan berkesan untuk pertumbuhan mampan pasaran modal domestik adalah hasil daripada kefahaman mendalam tentang industri dan kerjasama yang kukuh bersama semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam ekosistem.

SC telah melancarkan Kaji Selidik Persepsi untuk mendapatkan pandangan terhadap SC daripada pihak berkepentingan kepentingan utamanya. Ini adalah salah satu inisiatif yang diambil pada tahun 2023 untuk membolehkan SC menilai dan mendiagnosis dengan lebih baik dasar dan cara pendekatannya.

Sepanjang 2023, SC terus terlibat dengan pelbagai pihak berkepentingan ke arah meningkatkan hasrat dan pengawasan bersama untuk pasaran modal. Peluang bagi menjalin dan memupuk hubungan yang lebih erat dengan pihak berkepentingan utama membolehkan SC mewujudkan dasar pemudah cara, rangka kerja pengawalseliaan yang teguh, dan memupuk pertumbuhan dan pembangunan pasaran modal yang berterusan.

SC berpegang teguh pada prinsip bahawa pengawal selia yang terbuka dan melibatkan diri adalah penting dalam pembangunan dasar pasaran modal yang berkesan dan cekap. Oleh itu, SC terus memupuk ekosistem pembiayaan yang memudah cara dan inklusif untuk semua, selaras dengan usaha untuk memupuk pasaran modal Malaysia yang lebih maju.

Sebagai peneraju global untuk pasaran modal Islam, SC terus memajukan penglibatan pihak berkepentingan ICM dan memanfaatkan kepimpinan pemikiran ICM yang terkemuka di Malaysia.

Dalam usaha kami untuk mengekalkan kehadiran yang kukuh di peringkat global, SC telah mewujudkan rangkaian antarabangsa yang luas bersama penggubal dasar asing, rakan sejawat kawal selia, organisasi pelbagai hala dan peserta pasaran melalui penyertaan dalam pelbagai forum antarabangsa.

Inisiatif pendidikan pelabur SC, melalui InvestSmart® dan pelbagai usaha memanfaatkan media digital, televisyen, dan radio untuk menjalankan program capaian awam, dengan objektif meningkatkan literasi pelaburan dan kesedaran awam terhadap aktiviti tidak berlesen dan skim penipuan.

Komitmen SC untuk memupuk ketelusan, keterbukaan, dan kepercayaan telah dibuktikan melalui aktiviti penglibatan media yang kukuh sepanjang tahun. Pada tahun 2023, SC mengeluarkan 58 kenyataan media, mengadakan lapan sidang media dan taklimat latar belakang, serta menjalankan 25 temu ramah dengan pelbagai media.

Aset terbesar SC adalah warga kerjanya. Memupuk persekitaran kerja yang positif, menyokong, dan inklusif yang menghargai bakat dan pekerja kami adalah kunci untuk menjadi organisasi berprestasi tinggi.

Pautan berkaitan
 Siaran Akhbar | Garis Panduan | Amaran Pelabur  | Perlesenan | Laporan Tahunan AOB 2023
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup