Perutusan Pengerusi

Sambutan ulang tahun ke-30 SC pada 2023, mencerminkan kematangan dan kecekalan kami. Dengan ini, kami kekal komited untuk memastikan kesinambungan pasaran modal yang pesat, meningkatkan kecekapan, daya saing, serta memudahcara akses untuk semua.

Selaku Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), saya berbesar hati untuk membentangkan Laporan Tahunan SC bagi tahun 2023. Seperti yang dipaparkan pada muka hadapan Laporan Tahunan ini, 2023 amat istimewa kerana ia merupakan ulang tahun ke-30 SC. Ini merupakan satu pencapaian penting yang jelas memaparkan peningkatan kematangan dan daya tahan SC sebagai sebuah institusi.

Sempena ulang tahun ke-30 ini, kami juga telah menerbitkan dan melancarkan buku Capital Market in Malaysia – Past, Present, and Future. Buku ini, yang menampilkan wawancara khas daripada pengerusi SC sejak penubuhannya hingga kini, serta warga SC, melakar evolusi pasaran modal Malaysia. Buku ini juga merangkumi sorotan cabaran masa lalu, langkah-langkah dalam menangani kekangan yang dihadapi, serta prospek masa depan pasaran modal, termasuk dedikasi kami untuk memupuk pasaran modal yang berdaya tahan dan progresif.
Pautan berkaitan
 Siaran Akhbar | Garis Panduan | Amaran Pelabur  | Perlesenan | Laporan Tahunan AOB 2023
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup