Quote Pengerusi SC Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin:
“Cadangan penubuhan Bursa Sosial pertama negara mencerminkan komitmen kerajaan ke arah pendekatan pembangunan holistik dalam pembinaan negara (
nation building), selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI bagi membantu segment masyarat yang memerlukan.
Dengan platform pengumpulan dana khusus untuk projek dengan hasil sosial yang positif, SE akan memudahkan lagi penggemblengan modal swasta dan dermawan dalam menangani keperluan golongan yang kurang bernasib baik.
SC akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan SE dalam masa terdekat, terutamanya dalam menyediakan keperluan tadbir urus dan jaminan untuk memastikan dana yang diperoleh dalam SE akan digunakan dengan sewajarnya seperti yang diharapkan.
Untuk menyokong pengumpulan dana pembangunan wakaf melalui platform pembiayaan ECF dan P2P, insentif baharu di bawah Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) akan diperkenalkan untuk memanfaatkan PMKS, dengan menjalankan projek berkaitan wakaf, terutamanya dalam pembangunan tanah wakaf dalam pertanian huluan dan bio-ekonomi.
Ini akan menggalakkan lebih banyak PMKS untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dalam perniagaan yang menyasarkan hasil sosial yang positif, pada masa yang sama menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara.