VHACK
1 bertujuan mengembangkan saluran bakat teknologi kewangan (fintech), merangsang kreativiti dan pemikiran kritis pelajar, serta membangunkan kemahiran digital dalam kalangan pelajar dan golongan profesional muda, khususnya dalam bidang fintech Islam.
Inisiatif FIKRA Excel SC, salah satu komponen utama FIKRA ACE
2 , bermatlamat untuk memupuk pembangunan bakat & inovasi dalam pasaran modal Islam dan fintech Islam melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.
VHACK edisi 2024 akan dijalankan secara hibrid. Pasukan yang terdiri daripada satu hingga empat orang ahli akan menghadiri bengkel secara maya yang disampaikan oleh pakar dalam industri. Hari pitching terakhir akan diadakan di USM pada 20 April, dan para pemenang akan dipilih oleh panel hakim.
Mahasiswa tempatan dan antarabangsa, terutamanya golongan muda yang meminati bidang fintech, digalakkan mendaftar mulai hari ini hingga 17 Mac 2024 di https://vhackusm.com/register.
Untuk maklumat lanjut tentang FIKRA ACE - Excel dan VHACK, sila layari
https://www.sc.com.my/fikra-ace/excel. Untuk pertanyaan, sila salurkan ke
[email protected].